Besok...18 Disember 2008. Satu tarikh yang cukup bermakna bagi diriku dan keluargaku. Keluargaku bakal diserikan dengan kehadiran insan yang amat bermakna bagiku, insan yang bergelar CAHAYAMATA.
Hari ini, genaplah 24 hari aku dan isteri ku berkampung di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bahru ini. Selama 24 hari ini isteriku terpaksa menghabiskan masa di hospital ini atas faktor kesihatan dan keselamatan, dan selama 24 hari ini jugalah aku berada disampingnya, memberi semangat agar terus tabah dalam menghadapi dugaan yang menuntut seribu pengorbanan daripada kami suami-isteri yang bakal bergelar ayah dan ibu.
Hari ini juga aku di uji dengan satu lagi dugaan, ayahku baru sahaja selesai melalui 'minor operation' di hospital yang sama. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keluarga ku berkampung di sini, bersama-sama ku. Ibu ku sentiasa di samping ayahku. Betapa indahnya......usia tidak membataskan kasih sayang sepasang suami-isteri yang telah berusia ini. Aku dapat melihat kasih sayang ibu tak pernah padam pada ayahku, menjaga, meneman dan sentiasa memberi semangat kepada insan yang bernama suami.
Dan besok....aku pula akan diuji lagi. Isteriku bakal di bedah. Tuhan berilah kami ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Petang ini juga aku mendapat beberapa lagi maklumat berkaitan kandungan isteriku, maklumat yang juga membuat aku berdebar, takut dan juga berserah. Daripada maklumat yang diberikan oleh Nurse yang bertugas, kedudukan kandungan isteriku bukan sekadar berada dibawah (Type 3) , tapi berada di posisi belakang, dengan kata mudahnya, berisiko dan berbahaya. Kedudukan di bawah ada tiga jenis, Type 1, Type 2, dan Type 3, dimana Type 3 adalah yang paling berisiko.
Namun begitu, aku berharap yang terbaik akan berlaku. Aku harap pengorbanan dan penantian kami akan diserikan dengan kehadiran cahayamata ku yang sihat dan sempurna. InsyaAllah. Menanti sesuatu anugerah yang indah menuntut seribu pengorbanan dan penantian. Tuhan, berilah kami kekuatan dan ketabahan......
No comments:
Post a Comment