Wednesday, December 31, 2008

Ku Terpaksa Tinggalkan Mereka Seketika

Dalam keterpaksaan dan berat hati, aku kuatkan juga semangat untuk meninggalkan isteri dan permata hatiku Muhammad Faris Syamil buat sementara waktu. Besok, aku terpaksa bertolak ke Keningau, Sabah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabku bila sahaja persekolahan bermula.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku sempat menjaganya selama 14 hari ini, sempat la jugak aku berjaga malam. Aku juga sempat membuatnya susu, membersihkan dirinya, memakaikan pakaian untuknya....walaupun bukan sepanjang masa, namun sekurang-kurangnya aku boleh meringankan beban isteri ku yang amat-amat memerlukan sokongan fizikal dan mental.

"Tak apalah sayang, abah pergi buat seketika jer, jangan nakal-nakal, jangan susahkan ummi......nanti abah ambil sayang ek"

Berat juga hati aku untuk meninggalkan isteri dan anakku jauh dari pandangan mataku. Bukan setakat jauh di mata sahaja, aku terpaksa tinggalkan mereka lebih kurang satu bulan sebelum kami bersama kembali. Namun aku akur dan redha, dan aku harapkan mereka berdua juga redha dan tabah sepeninggalan aku ini. Buat isteri tersayang, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah yang dikurnikan daripada Ilahi ini. Jagalah dan tunaikan amanah ini dengan redha dan penuh ikhlas.

2 comments:

nordee said...

bila sue balik Keningau?...selamat sejahtera hendaknya..muhammad faris syamil

ajai05 said...

sue maybe balik keningau awal bulan 2.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...