Wednesday, December 21, 2011

Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK 2012

Para pelajar lepasan UPSR 2011 yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) 2012 sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka.

Kelas Rancangan Khas - KRK

Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 1 KRK

  • Semakan boleh dibuat di laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkenaan atau sekolah asal pemohon.
  • Angka giliran UPSR diperlukan untuk membuat semakan.

Rayuan Tingkatan 1 KRK

  • Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan menggunakan borang rayuan yang disediakan.
  • Semua borang rayuan perlu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.
  • Tarikh akhir menghantar borang rayuan adalah pada 12 Januari 2012.
  • Jika pemohon tidak dihubungi dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup rayuan, maka permohonan rayuan dianggap gagal.

Surat Tawaran Tingkatan 1 KRK

Surat tawaran untuk semua calon yang berjaya boleh diperolehi di sekolah asal (Sekolah Kebangsaan) pemohon. Sila hubungi sekolah asal pemohon untuk maklumat lanjut.

Senarai Jabatan Pelajaran Negeri

Berikut adalah pautan ke laman web Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

Maklumat

  • Tarikh dan maklumat di atas mungkin ada perbezaan di antara JPN.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kelas Rancangan Khas ini sila berhubung dengan sekolah pemohon atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berkenaan.

sumber : eputra.com

Thursday, December 15, 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2012

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012

Para pelajar UPSR 2011 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Keputusan Permohonan SBP

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2012.
  • Permohonan e-Rayuan ke SBP ini akan ditutup pada 5 Januari 2012.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Maklumat

Friday, November 25, 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA Sesi Akademik 2012/2013

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut : IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA

  1. Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
  2. Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
  3. Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
  4. Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  5. Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
  2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
  • Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH

  • Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM 2011 DAN STAM 2010/2011

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN DIPLOMA/ STPM/ MATRIKULASI/ ASASI 2010 dan sebelumnya

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI DAN ASASI SESI 2011/2012

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.

Tempoh Permohonan

FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
  • Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 8 November 2011 – 30 November 2011
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman web http://www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
  • Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.

Maklumat

  • Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA dan kategori Kementerian Pengajian Tinggi untuk maklumat lanjut.
  • Laman web kesemua IPTA boleh disemak di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my

Monday, November 21, 2011

Soalan Ramalan SPM 2011

SUBJEK : Sejarah

1. Siapakah ketua tentera Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511?
A: Alfonso D' Albuquequer
B: Albontot D' Abukaki
C: Al apobondo nih
C: Al..Al..Alpa romeo

2. Apakah isi kandungan didalam perjanjian Pangkor?
A: Tidak buleh sekodeng anak dara mandi.
B: Isterimu, isteriku jua, isteriku.. isterikulah.
C: Semua awek dalam Pangkor adalah milik ketua kampung.
D: Semua orang boleh tempeleng ketua kampung.

3. Siapakah pegawai British di Sarawak?
A: James Brook
B: James Beruk
C: Jem Tat Nenas
D: James Bond Tot
E: Khalid Jamlus

4. Kenapa Hang Jebat mengamuk?
A: Kerana mengetahui Hang Tuah mati dibunuh Sultan.
B: Aweknya dikebas datuk bendahara.
C: Kalah main takraw dengan anak buah Hang Kebun.
D: Terlalu meminati Bandi Amuk, sebab tu la mengamuk.

5. Siapakah nama isteri Parameswara?
A: Parameswari
B: Parameswaja
C: Pramugari
D: Pramugara terlampau

SUBJEK : Ekonomi Asas

1. Tiga perkara keperluan manusia, apakah keperluan itu?
A: makan, rumah dan pakaian.
B: makan, awek dan uwang.
C: bini, bini orang dan anak dara orang.
D: Rokok, korok dan korokmu.

2. Namakan sejenis sistem pertukaran barang.
A: Sistem Barter
B: Sistem batu bata
C: Sistem kasut Bata
D: Sistem Marjerin dan butter

3. Ketidakseimbangan wang akan berlakunya apa?
A: Nilai dolar lebih tinggi berbanding wang lain.
B: Nilai dollah akan jatuh kerana tak bekerja.
C: Nilai, Negeri Sembilan tiada pengunjung.
D: Nilai nilai murni diterapkan didalam PLKN.

4. Apakah ciri Sistem Kapitalis?
A: Duitmu duitku jua, duitku duit untuk biniku.
B: Semua orang perlu bersedekah ke masjid.
C: Makan dulu, baru bayar.
D: Selalu mengamalkan dasar pinjam wang bayar hutang.

5. Kumpulan manakah yang menguruskan kewangan pekerja?
A: Kumpulan Search
B: Kumpulan KRU
C: Kumpulan Kekanak Spastik
D: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Thursday, November 17, 2011

Permohonan Kemasukan Lepasan UPSR, PMR, SPM 2011

Senarai tarikh permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Rancangan Khas (KRK), Kolej Vokasioanl (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera DiRaja (MTD), Kolej Matrikulasi dan insitusi yang lain bagi lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UPSR PMR SPM

Diharap senarai tarikh permohonan kemasukan SBP, SBPI, MRSM, SMKA, KRK, KV, SMV, SMT, MTD, Matrikulasi dan institusi yang lain ini dapat membantu para pelajar dan ibubapa yang berkenaan.

Lepasan UPSR

Tingkatan 1 SBP


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012

Tingkatan 1 MRSM


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 17 November 2011 MARA
Permohonan Ditutup 30 November 2011
Penghantaran Dokumen Ditutup 5 Disember 2011
UKKM 12-16 Disember 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012
Permohonan Rayuan Januari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3 Mac 2012

Tingkatan 1 KRK


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka Hari keputusan UPSR Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup 14 hari selepas dibuka Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan 21 Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan Februari 2012

Tingkatan 1 SMKA & KAA


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 17 November 2011 Sekolah & PPD
Permohonan Ditutup 24 November 2011 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Keputusan Permohonan Disember 2011
Permohonan Rayuan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012
Keputusan Rayuan Februari 2012

Selain daripada di atas terdapat beberapa institusi lain yang boleh dipohon. Di antaranya Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas YS yang diuruskan dengan kerjasama Yayasan Selangor dan Kementerian Pelajaran, Sekolah Agama Menengah (SAM) yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Lepasan PMR

Tingkatan 4 SBP


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 15 Oktober 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012
Permohonan Rayuan Januari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Februari 2012

Tingkatan 4 MRSM


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 3 Oktober 2011 MARA
Permohonan Ditutup 20 Oktober 2011
Tarikh Akhir Hantar Dokumen 26 Oktober 2011
UKKM 28 Nov – 2 Dis
Keputusan Permohonan Februari 2012
Permohonan Rayuan Februari 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Februari 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 2 Mac 2012
Keputusan Rayuan:Pengambilan ke 3 April 2012

Tingkatan 4 MTD


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 15 Ogos 2011 MTD
Permohonan Ditutup 30 September 2011
Keputusan Permohonan Januari 2012

Tingkatan 4 KV/SMV/SMT


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 MOE
Permohonan Ditutup 19 Disember 2011
Keputusan Permohonan Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Januari 2012

Lepasan SPM

Kolej Matrikulasi


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 Julai 2011 MOE
Permohonan Ditutup 30 November 2011
10 Oktober 2011

Semakan Permohonan Februari 2012
Keputusan Permohonan April 2012
Permohonan Rayuan April 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Mei 2012
Keputusan Rayuan Jun 2012

Darul Quran


Tarikh Rujukan
Permohonan Dibuka 1 September 2011 Darul Quran
Permohonan Ditutup 14 Oktober 2011
Semakan Temuduga 24 Oktober 2011
Keputusan Temuduga 28 November 2011
Surat Tawaran 5 Disember 2011
Pendaftaran Pelajar Baru 4 Januari 2012

IPTA – Sijil, Asasi & Diploma


Tarikh Rujukan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan Nov – Dis 2011 UPU
FASA 2 – Pengesahan Permohonan & Pilihan Program Pengajian Jan –Apr 2012
Permohonan Ditutup April 2012
Keputusan Permohonan Mei 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Mei/Jun/Julai 2012

NOTA

Maklumat di atas adalah berdasarkan makluman dari beberapa laman web. Maklumat ini tertakluk kepada pindaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Jika ada maklumat terkini harap dapat dapat maklumkan kepada kami, terima kasih.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...