Tuesday, October 09, 2012

Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2013


Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
  • 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
  • 5 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.
JTM

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 35 tahun
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon dan kelulusan pemohon, sila rujuk;

Kemudahan

  • Program Sijil – Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma. Menerima elaun sara hidup RM100 dan RM300 sebulan semasa latihan industri.
  • Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPTK).
  • Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM perlu dibuat secara online sahaja.
  • Tiada nombor pin atau unik ID yang diperlukan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Januari 2013 ini akan ditutup pada25 Oktober 2012.
  • Mereka yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan bacaiklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;
  • Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...