Saturday, December 20, 2008

Anugerah Kurniaan Ilahi




18 Disember 2008, satu tarikh yang begitu bermakna bagiku dan keluarga ku. Insan yang sedang dinanti-nantikan akhirnya hadir dengan disambut dengan seribu kesyukuran.

Jam 11.18 pagi, zuriat dan cahayamata ku yang pertama akhirnya selamat dilahirkan melalui proses pembedahan yang berjalan hampir 2 jam. Aku bersyukur kepada Ilahi kerana semuanya berjalan lancar. Isteriku selamat dan permata hatiku juga dalam keadaan yang baik, tiada komplikasi yang berlaku sepanjang pembedahan. Kesyukuran tak terhinggan dan kegembiraan yang tak terkata dari ku.

Aku harap dengan hadirnya insan yang bergelar cahayamata ini, kami sekeluarga akan terus diberkati olehNya. Tuhan, jadikanlah kami insan yang taat kepadaMu dan sentiasa bersyukur dengan kurniaanMu yang tak ternilai harganya.

8 comments:

radin fatihah husna said...

congrats bro..

cute daa... mcm bapak dia jugak ni...
terharu aku... semoga selepas ini, kami, suami isteri mendoakan kalian meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan berumah tangga dengan dilimpahi keberkatan dan kasih sayang selamanya.

Radin.

-maRs- said...

tahniah2!!
da bagi name lom??
mmm... sy slalu gak ikot blog ni..:)
jap2!
dulu smach kn?
abg sy rasanye knal abg.....
:D

smamat said...

Assalamualaikum.

Tahniah, Ppeja. MashaAllah, anok mu cute! Bilo mu gi balik Ssaboh nyo?

Aku tok leh nok telefon ko mu sebab hp aku hile. Nombor mu pung aku hile.

Mu tahu ko ayoh aku tak dok doh, Hari Rayo Haji tu, di wad 29.

Ni no. aku 019.3099.190 (nombor lamo lagi ni). Mesej la ko aku nombor mu.

Wassalam.

nordee said...

tahniahhhhh..apa nama baby?...sue macam mana? sihat?

ajai05 said...

alhamdulillah...semua berjalan lancar, sue pun sihat. Nama baby dah ada tapi belum daftar lagi....tunggu...

ajai05 said...

-mars-,thanks..nama baby dalam proses daftar. thanks juga sebab sudi follow blog saya...saya memang budak smach dulu.boleh saya tau siapa abang awak.

ajai05 said...

joe-sori aku baru je tau pasal ayah mu,fifah yang bgtau kelmarin. takziah aku ucapkan. nanti aku bagi mu no.phone aku.

ajai05 said...

Thanks semua..aku harap kebahgian kami kekal dan diberkati Ilahi selamanya.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...