Saturday, April 09, 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC, SMA, SMU

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Khas 2011 Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka mulai 4 April 2011 yang lalu.

Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan untuk mengikuti program yang tawarkan.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan adalah dua yang berikut:.

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah


Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Syarat Khas

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu Komunikasi
    • Sejarah
    • Pendidikan Moral

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 Jayyid di peringkat SMA atau SMU
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:
    • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
    • Sejarah
    • Pendidikan Syariah Islamiah

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC & SMA/SMU.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan 3 kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

Tarikh

Aktiviti

3 April 2011

Permohonan Dibuka

13 April 2011

Permohonan Ditutup

25 April 2011

Semakan Temuduga

2 – 5 Mei 2011

Temuduga

21 Mei 2011

Semakan Tawaran

20 Jun 2011

Pendaftaran

Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Khas 2011 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan ditutup pada 13 April 2011.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC dan SMA/SMU untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan 2011 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...