Thursday, March 24, 2011

Biasiswa Bank Negara – Pra Universiti 2011

Biasiswa Bank Negara – Pra Universiti 2011

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2011/2012 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih.

Bidang Pengajian

  • Ekonomi
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Perbankan dan Kewangan
  • Kewangan Korporat
  • Perbankan dan Ekonomi Islam
  • Undang-Undang
  • Undang-Undang Syariah
  • Teknologi Maklumat
  • Matematik

Peringkat Pengajian

  • Cambridge A-Level, American Foundation Program, South Australian Matriculation

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A (A atau A+)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2011

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman web Bank Negara iaitu Permohonan Anugerah Biasiswa Bank Negara 2011.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Pra-Universiti Bank Negara akan ditutup pada 29 Mac 2011
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila hubungi talian 03 2691 5963 atau email scholar@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini.
  • Sila hubungi talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan umum.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...