Thursday, March 24, 2011

Permohonan Penajaan Pendidikan Petronas Lepasan SPM 2010

Permohonan Biasiswa Petronas 2011

Petronas menawarkan biasiswa untuk calon-calon yang layak untuk memohon Program Penajaan Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2010. Pelajar lepasan SPM 2010 yang berkenaan perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan.

Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar negara atau kampus cawangan di Malaysia.

Syarat Asas Memohon Biasiswa Petronas

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
  • Petroleum Geosains
Kelayakan Akademik (A)

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

DAN

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan
Kelayakan Akademik (B)

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

DAN

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 6 matapelajaran lain.

Program Di Universiti Luar Negara/ Kampus Cawangan Di Malaysia

Program Sarjana Muda Kejuruteraan
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Sains Gunaan
  • Geologi
  • Geofizik
Kelayakan Akademik

Sama seperti Kelayakan Akademik (A) di atas.

Program Sarjana Muda Perakaunan/ Ekonomi/ Kewangan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Kewangan
Kelayakan Akademik

Sama seperti Kelayakan Akademik (B) di atas.

Cara Memohon Biasiswa Petronas

Tarikh tutup

  • Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2010 akan ditutup pada 1 April 2011, jam 5.00 petang.
  • Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.

Petronas EduQuest Camp

  • Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi. dipanggil untuk melalui proses penilaian di PETRONAS EduQuest Camp pada bulan April 2011.
  • Sila layari laman web http://spmonline.petronas.com.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda.
  • Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila hubungi talian hotline PETRONAS Sponsorship di 03 2331 2277 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...