Wednesday, March 23, 2011

Permohonan Tajaan JPA dan MARA Lepasan SPM 2010

Permohonan Biasiswa Program Ijazah Luar Negara PILN 2011

Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Syarat Khusus

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian boleh disemak seperti berikut:

JPA

MARA

Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

Permohonan Tajaan JPA dan MARA Tahun 2011

Program Pengajian


Program Pengajian

Penaja

Negara

1

Perubatan

JPA

India, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College)



JPA/MARA

Timur Tengah : Jordan



MARA

Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland

Program Berkembar dgn IPT Tempatan

2

Pergigian

JPA

Australia,India, Ireland, New Zealand & UK



JPA/MARA

Timur Tengah : Mesir



MARA

India

3

Farmasi

JPA

Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham)

4

Optometri

MARA

New Zealand & United Kingdom

5

Bioteknologi

MARA

Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand

6

Kejuruteraan

MARA

Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & New Zealand

7

Kejuruteraan Jerman
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)

JPA/MARA

Jerman

8

Kejuruteraan Perancis
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)

JPA/MARA

Perancis

9

Kejuruteraan Akademik Jepun
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)

JPA

Jepun

10

Kejuruteraan Sepanyol

MARA

Sepanyol

11

Sains Aktuari

MARA

Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand

12

Perakaunan

MARA

Australia & New Zealand

13

Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT

MARA

Amerika Syarikat & Jepun

14

Sains Tulen
(Fizik, Kimia, Biologi)

JPA

Amerika Syarikat & United Kingdom

15

Senibina

JPA

Australia & United Kingdom

16

Undang-Undang

JPA

United Kingdom

17

Pelancongan

JPA

Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom

18

Sastera Ikhtisas
(Ekonomi/Kewangan)

JPA

Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & Jepun

19

(Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Kewangan)

MARA

Amerika Syarikat

20

Sastera Ikhtisas Timur Tengah
(Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam)

JPA/MARA

Jordan

21

Diploma Kejuruteraan
(Elektrikal/Mekanikal/Kima)

(berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)

JPA

Program Teknikal di Jepun/Korea

22

Sains

JPA

Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM

23

Sastera

JPA

Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM

24

ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains

MARA

Australia dan New Zealand

25

Kejuruteraan & Perubatan

MARA

IPT Tempatan & Universiti Luar Negara kampus Malaysia

26

Sastera Ikhtisas
(Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan)

MARA

IPT Tempatan

Sila rujuk syarat khusus di pautan di atas untuk mengetahui syarat akademik untuk memohon program pengajian yang disenaraikan ini.

Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.

Temuduga

  • Keputusan panggilan temuduga JPA : 8 April 2011
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 14 April 2011
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 -15 April 2011.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

Masalah Teknikal

Semasa Mengisi Borang

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541 atau 03 8885 3453.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4443, 03 8885 4435 atau 03 8316 4444.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April sehingga 16 April 2011.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan.

Maklumat

Pertanyaan

  • JPA Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my
  • MARA Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03 2693 666, 03 2694 6622 atau 03 2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...