Friday, April 15, 2011

Permohonan Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA 2011


Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular. Program ini baru diperkenalkan oleh MARA mulai April 2011.

Ini merupakan tambahan kepada program latihan sepenuh masa yang sedia ada.

Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:

  • Golongan yang berdaftar dengan e-kasih
  • Ibu/Bapa tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja Industri / Kilang
  • Pesara Komuniti Setempat
  • Lain-lain yang bersesuaian

Sistem Latihan

  • Kelayakan 3M (Menulis, Membaca dan Minat)
  • Simple & Fleksibel – dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
  • Sistem Modular – 80% Amali & 20% Teori
  • Open entry / exit

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak Uzur
  • Berumur 15 tahun ke atas
  • Minat dalam bidang yang dipohon
  • Lain-lain perkara yang menyokong permohonan

Yuran Pengajian

  • RM1.00/jam bagi Program Asas
  • RM2.00/jam bagi Program Pertengahan

Jangkamasa Dan Perlaksanaan

  • Berdasarkan modul yang digunakan
  • Maksima 8 jam sehari termasuk 1 jam rehat samada dilaksanakan:
    • Kelas Malam
    • Cuti / Hujung Minggu

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa

Maklumat

  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA ini sila kunjungi laman web GIATMARA
  • Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan 1Malaysia.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
    • Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
      Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
      21 Jalan Raja Laut
      50609 Kuala Lumpur
      Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402/ 3557
      Fax : 03 2691 0249
      e-mail : pel@giatmara.edu.my

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...