Thursday, April 28, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2011

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2011/2012 sudah boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi mulai 28 April 2011.

Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM 2011 untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

  • Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2011 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 23 Mei 2011.
  • Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM 2011.

Rayuan Matrikulasi

  • Manakala mereka layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 28 April 2011 sehingga 13 Mei 2011.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 2 Jun 2011.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi KPM 2011.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...