Sunday, April 10, 2011

Permohonan Biasiswa Persekutuan 2011


Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan.

Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kelayakan Biasiswa Persekutuan

Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
  • Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kadar Biasiswa

  • Tingkatan 1 hingga 5 – RM 70 sebulan
  • Tingkatan 6 Sastera – RM 90 sebulan
  • Tingkatan 6 Sains – RM 110 sebulan

Permohonan

  • Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak.
  • Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
  • Pemprosesan permohonan adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru yang berkenaan di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui samada nama mereka tersenarai dalam permohonan.

Tempoh Proses Permohonan

Pihak sekolah perlu membuat permohonan mengikut tempoh masa yang ditetapkan berikut;

Zon

Negeri

Tarikh

Zon 1

Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan

3 – 9 April

Zon 2

Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, SBP

10 – 16 April

Zon 3

Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Perlis

17 – 23 April

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekolah masing-masing.
Pertanyaan boleh juga diajukan kepada pegawai yang berkenaan di JPN seperti yang tersenarai di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...