Monday, January 24, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2011 Tergendala


Semakan Keputusan MRSM Ditangguh, Buka Semula Petang 24 Januari 2011


Setakat ini hanya semakan boleh dibuat, surat tawaran masih belum boleh dicetak. Jika anda masih mengalami masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan semakan dan pengambilan MRSM sila hubungi ibu pejabat MARA di talian 03 2691 5111.


Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM untuk
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah diumumkan serentak pada tahun ini pada hari Jumaat 21 Januari 2011. Pada tahun sebelumnya keputusan permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 diumumkan dahulu baru diikuti dengan Tingkatan 4. Pengumuman serentak ini mungkin telah mengakibatkan kesesakan pada portal semakan permohonan kemasukan MRSM 2011.

Ramai pengguna telah melaporkan kesusahan dan seterusnya gagal untuk membuat semakan bermula dari petang Jumaat lagi. Semalam dan hari ini portal semakan tersebut terus tidak boleh dilayari. Akhirnya pada hari ini baru pihak MARA membuat kenyataan.Berikut adalah petikan kenyataan yang dipaparkan dilaman web MARA mengenai perkara ini;


"Semakan keputusan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tidak dapat diakses buat masa ini atas sebab-sebab tertentu. Sila semak semula mulai petang Hari Isnin 24hb Januari 2011. Kami mohon maaf di atas kesulitan ini."


Oleh itu mereka yang belum sempat membuat semakan atau telah membuat semakan tetapi belum mencetak surat tawaran perlulah bersabar dan menunggu sehingga portal semakan dibuka semula.


Sementara menunggu portal semakan MRSM dibuka, mereka yang telah mendapat tawaran boleh mencetak
Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM sebagai rujukan awal.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...