Saturday, January 22, 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2011 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dijadualkan akan boleh menyemak keputusan permohonan MRSM mereka secara online mulai 21 Januari 2011. Ini berdasarkan maklumat daripada laman web MARA.

Semakan Permohonan MRSM

1. Semakan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan MyKad pemohon.

2. Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 4 MRSM 2011.Nota : Laman web ini akan dibuka secara rasmi pada 21 Januari 2011.

3. Surat tawaran kemasukan, buku panduan serta borang kemasukan boleh dicetak menerusi laman web berkenaan atau di Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM.

Rayuan MRSM

1. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.

2. Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.

3. Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.

4. Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.

5. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.

6. Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada MARA selepas April 2011 dianggap tidak berjaya.


Maklumat

1. Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.

2. MARA telah menerima sebanyak 15,873 permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM pada tahun ini dan cuma seramai 3,500 orang sahaja yang diberi tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 akan mendaftar serentak pada 7 Februari ini di semua 46 buah MRSM di seluruh negara, kecuali pelajar MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar pada 7 Mac nanti.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...