Tuesday, January 18, 2011

Keputusan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh SBP Tingkatan 4 2011



Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 telah pun mula dipos ke rumah pemohon yang berjaya


Semakan permohonan memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh dibuat secara online mulai hari ini 18 Januari 2011.


SEMAKAN PERMOHONAN SBP Tingkatan 4


1. Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor MyKad pemohon.


2. Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 4 SBP 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 SBP Sesi 2011.


e-Rayuan SBP Tingkatan 4


1. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan secara online.


2. Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2011.

3. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

4. Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 ini biasanya akan diumumkan pada minggu terakhir Februari.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU


1. Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP ini perlu membuat pendaftaran di sekolah yang berkenaan pada 7 Februari 2011.

MAKLUMAT


1. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.

2. Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my


Tahniah kepada mereka yang mendapat tawaran ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1 comment:

P A U L I N E said...

good sharing.. =) thankz..

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...