Sunday, February 06, 2011

Keputusan Ambilan Kedua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2011

Semakan Ambilan Kedua Tingkatan 1 SBP 2011

Para pelajar UPSR tahun 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada akhir Disember dahulu sudah boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

  • Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 1 2011 boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh.
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
  • Pastikan maklumat angka giliran sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP ambilan kedua ini.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...