Monday, February 21, 2011

Semakan Keputusan Pengambilan Kedua MRSM Tingkatan 4 sesi 2011

Para pelajar lepasan PMR 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka mulai hari ini untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Keputusan Rayuan MRSM Tingkatan 4

Pengambilan kedua ini adalah bagi mengisi kekosongan 120 tempat untuk Tingkatan 4 dan mereka yang mendapat tawaran ini perlu mendaftar pada 1 Mac 2011. Sejumlah 15,873 permohonan direkodkan bagi Tingkatan 4 sesi 2011 dan cuma 3,500 tempat ditawarkan.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.

Maklumat

Sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan permohonan dan rayuan MRSM ini sila hubungi pihak MARA di talian 03-2691 5111.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...