Akhirnya....selepas 3 hari Ina terlantar koma di hospital, hari ini Ina dibenarkan pulang. Baru tengahari tadi aku mengambilnya daripada hospital. Keadaan sudah pulih, walaupun bukan 100% pulih seperti asal, namun Ina boleh dikatakan 98% pulih dan boleh beroperasi dengan baik. Doktor kata, adalah hampir mustahil unutk mendapatkan keadaan 100% kembali seperti sediakala, namun ia tidak akan memberi kesan kepada operasi dan kecekapan Ina. Alhamdulillah.
Selepas membayar segala wang perbelanjaan sepanjang berada di hospital yang berjumlah RM500, aku membawa Ina pulang. Dia kelihatan tenang namun masih terlihat di wajahnya, kesan-kesan luka kecil,walaupun tidak ketara dari pandangan kasar. Aku?....pasrah dengan ketetentuanNYA....Syukur Ina dapat dipulihkan.
Dengan kembalinya Ina kepangkuanku, aku akan membawanya bersiar-siar petang ini juga. Untuk memberi ketenangan dan nafas baru selepas 3 hari koma di hospital. Akan aku jaga Ina sebaik mungkin, akan aku lebih berhati-hati ketika bersama Ina selepas ini. Aku tak mahu Ina ditimpa musibah lagi.....
Aku harap tidak akan berlaku perkara-perkara buruk lagi kepada kami sekeluarga dan kepada GRAND LIVINA ku lagi selepas ini. Apa yang berlaku aku harap akan menjadikan kami insan yang bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA.....Jadikan lah kami orang-orang yang sentiasa mengingatiMU...InsyaALLAH,
No comments:
Post a Comment