Saturday, June 26, 2010

FIFA World Cup 2010 - Round of 16 Match Prediction


Piala Dunia 2010 sudah masuk ke pusingan kalah mati ( round of 16), 16 pasukan sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Dalam banyak-banyak pasukan yang layak ada pasukan yang telah melakukan kejutan dan ada yang memang dah dijangka untuk layak. Namun ada beberapa pasukan besar yang gagal menyerlah seperti yang diharap-harapkan. Contohnya Itali, Perancis, dan beberapa pasukan lain. Tak kurang juga kejutan-kejutan yang dilakukan oleh negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, dan Slovakia yang memberi persembahan yang memberangsangkan.

Kat sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan tentang perlawanan kalah mati yang akan bermula malam ini. Di sini cuma pandangan daripada aku yang bukan profesional, sekadar pemerhati dan peminat sejati bolasepak.

Uruguay vs Korea Selatan ( 2 - 1 )
Uruguay telah menunjukkan permainan mantap sepanjang kejohanan ini. Namun dia dijangka menghadapi tentangan yang hebat dari Korea yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi. Sebarang kemungkinan boleh berlaku, aku tidak menolak sekiranya Korea mampu menewaskan Uruguay sekiranya mereka meneruskan semangat juang yang tinggi.

USA vs Ghana ( 2 - 0 )
Mungkin ini perlawanan yang boleh dijangka keputusanya . USA dengan persembahan baik dan Ghana yang sekadar persembahan yang kurang menyengat. Agak sukar untuk Ghana menandingi USA.

Jerman vs England ( 1 - 0)
Perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan yang kurang konsisten. Jerman yang tidak menentu prestasinya dan England yang gagal menyengat dan nampak kurang yakin, gagal menunjukkan persembahan yang diharap-harapkan. Namun apa-apa boleh berlaku. Aku juga menjangkakan perlawanan mungkin berakhir dengan seri, dan England tewas pada sepakan penalti...seperti biasa.

Argentina vs Mexico ( 3 - 0 )
Argentina dijangka mara kepusingan seterusnya, persembahan menarik, mantap dan sangat meyakinkan. Agak sukar untuk mexico menerima asakan daripada jentera serangan Argentina.

Belanda vs Slovakia ( 2 - 1 )
Belanda masih dianggap pasukan pilihan. Namun Slovakia mampu mengejutkan semua orang. Namun aku harap Slovakia mampu menghampakan pasukan Oranje dan terus menjadi pasukan yang menyerlah dalam Piala Dunia ini.

Paraguay vs Jepun ( 1 - 2 )
Yang ini agak sukar untuk aku membuat telahan. Namun aku pilih Jepun, persembahan sepanjang kejohanan amat meyakinkan, namun Paraguay juga bagus.

Brazil vs Chile ( 3 - 0 )
Brazil telah menunjukkan persembahan baik dan dijangka terus ke pusingan seterusnya. Chile bakal menerima asakan bertali arus dari Brazil.

Sepanyol vs Portugal ( 2 - 1 )
Sepanyol baru sahaja menunjukkan taring yang sebenar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Namun Portugal juga tidak kurang taringnya. Boleh dikatakan perlawanan ini adalah 50 - 50, kedua-dua pasukan mampu menyayingi masing-masing, apa-apa boleh berlaku.

Ini cuma telahan dan pandangan aku, mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang betul. Namun kalau di lihat pada keseluruhan pasukan,pasukan dari Afrika gagal memberi persaingan, pasukan besar dari Eropah gagal menunjukkan kehebatan dan kurang meyakinkan, dua pasukan Asia memberi persembahan menarik, dan negara-negara Amerika Selatan telah menunjukkan taring dengan semua 6 pasukan mewakili Amerika Selatan telah layak ke pusingan kalah mati. Namun apa-apa boleh berlaku....bola itu bulat







1 comment:

Dewi Batrishya said...

Argentina pasti menang!! hehehe
Go Brazil Go! :)
can't wait for the amazing matches!

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...