Faris kini dan masuk 8 bulan lebih dah, dah makin besar, dan dah makin berat. Perangai pun dah banyak berubah, makin banyak pe-elnya. Asyik nak main jer, makan kurang, susu pun kurang. Tapi kalu bab main........tak reti penat langsung.
Sepanjang usia 7 bulan ni, Faris dah pandai duduk dengan agak stabil. Tapi still aku letak bantal-bantal keliling dia, takut tumbang. Kalu dah dapat duduk tu, makin kuat la dia main. Tapi....Faris ni belum pandai merangkak lagi, meniarap pun belum pandai bergerak ke depan, gear reverse pandai la dia.
Hari tu.....masa dia genap umur 8 bulan, aku ternampak sesuatu. Ada sebatang gigi kat gusi belah bawah.Heheheh....orang naik sepasang, tapi dia naik sebatang, kelakar lah pulak. Patutlah perangai dia makin macam-macam sekarang.
Aktiviti-aktiviti lain masih diteruskan....golek-golek. Makin aktif menggolekkan diri ke segenap penjuru rumah. Tak pernah duk diam. Mulut asyik berbunyi jer.....
1 comment:
faris nampak berisi dan makin kiut
Post a Comment