Monday, August 24, 2009

Faris kini 8 Bulan

Faris kini dan masuk 8 bulan lebih dah, dah makin besar, dan dah makin berat. Perangai pun dah banyak berubah, makin banyak pe-elnya. Asyik nak main jer, makan kurang, susu pun kurang. Tapi kalu bab main........tak reti penat langsung.
Rutin harian . . .main & gigit

Aktiviti awal pagi dan malam hari


Golek-golek sebelum tidur

Sepanjang usia 7 bulan ni, Faris dah pandai duduk dengan agak stabil. Tapi still aku letak bantal-bantal keliling dia, takut tumbang. Kalu dah dapat duduk tu, makin kuat la dia main. Tapi....Faris ni belum pandai merangkak lagi, meniarap pun belum pandai bergerak ke depan, gear reverse pandai la dia.
Faris dah pandai duduk dengan stabil

Main-main



Hari tu.....masa dia genap umur 8 bulan, aku ternampak sesuatu. Ada sebatang gigi kat gusi belah bawah.Heheheh....orang naik sepasang, tapi dia naik sebatang, kelakar lah pulak. Patutlah perangai dia makin macam-macam sekarang.



Gigit-gigit dengan gigi sebatang

Jom berenang

Golek-golek ke segenap penjuru rumah

Test pipi


Aktiviti-aktiviti lain masih diteruskan....golek-golek. Makin aktif menggolekkan diri ke segenap penjuru rumah. Tak pernah duk diam. Mulut asyik berbunyi jer.....


Faris kat sekolah

Main dengan kereta kesayangan

Gembira sakan


Gaya wakil rakyat

Waaaarrggghhh....

Sampai menitik air liur

Jelingan manja...menusuk ke kalbuku

Sentiasa dengan senyuman
Tak lama lagi Faris nak balik kampung, nak beraya kat kampung. Dah lama Faris tinggalkan kampung. Family kat kampung dah tak sabar nak jumpa Faris. InsyaAllah 13 Sept nanti Faris akan sampai ke kampung dan berjumpa dengan semua....InsyaAllah.






Saturday, August 22, 2009

Harapan Ramadhan



******************************************************************************************


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...Ku tempuh jua




**********************************************************************************************


Sebuah lagu yang pernah didendangkan oleh Man Bai suatu masa dahulu, dan pernah juga dinyanyikan bersama Kumpulan Raihan. Sungguh mendamaikan jiwa dan memberi seribu pengertian kepada aku dan mungkin semua orang yang bergelar Muslim.


Adakah Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan lebih baik daripada Ramadhan-ramadhan yang lepas? Setiap kali Ramadhan menjelma, inilah persoalan yang selalu bermain di benak ku. Kalau Ramadhan kali ini tak sebaik Ramadhan yang lepas, adakah aku akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang???Hanya Allah yang maha mengetahui..


Buat semua yang merasakan dirinya Muslim, renungkanlah bersama, walau seketika, walau sedetik, adakah amalan di Ramadhan yang lepas mencukupi atau memuaskan, di tahap manakah pencapaian anda? Adakah A? Adakah B? Adakah C? atau mungkin Gagal?........Bagaimana dengan Ramadhan kali ini? Cukup bersediakah kita untuk meningkatkan ibadah di bulan yang diberkati Allah ini?


Bersama-samalah kita renung-renungkan, bersamalah kita menjayakan Ramadhan yang hanya muncul sekali dalam setahun...dan mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir, dan mungkin kita tidak berkesempatan berjumpa Ramadhan yang akan datang...... hanya Allah yang maha mengetahui, dan kepada Dia lah kita berdoa agar segala amalan kita diterima olehNya dan kita sentiasa di rahmatiNya....Amin.





Saturday, August 15, 2009

Budaya Membaca Amalan Kita

Budaya Membaca Amalan Kita, satu slogan untuk semua, tak kira usia, tua atau muda. Bayi boleh kira skali ker? Tak ramai yang suka jadi kan tabiat membaca sebagai satu budaya dan amalan hidup seharian. Stakat baca bila perlu dan bila terpaksa je.


Aku bukan nak bercerita tentang membaca sebenarnya, aku nak berkongsi gambar Faris, terutama untuk family kat kampung yang rindu giler kat Faris ni. Ni satu lagi perkara yang Faris suka buat, iaitu....membaca. Pandai ker dia membaca?



Begitu asyik membaca


Dia bukan pandai membaca sebenarnya, eksyen jer lebih. Sebenarnya di asuka tengok gambar-gambar dalam buku tu. Aku sengaja beli buku yang ada gambar-gambar yang terang warnanya. Ada buku pasal buah-buahan, ada pasal haiwan, dan ada yang pasal kenderaan.


Serius jer baca buku

Sampai terangkat kaki.....

D-U-R-I-A-N.......rambutan


mmmmm...mana gambar buah pinggang ni, takde ker?


Yeeehaa....dah abis baca buku.....
Ini sahajalah gambar Faris dengan lagak membacanya dalam usia 6 - 7 bulan. Sekarang dah nak masuk 8 bulan , macam-macam aksi lagi yang berjaya aku ambil, tapi maybe next entry pulak aku letak. Minggu depan la kot,minggu ni nak kosentret buat soalan exam dan menanda kertas student. Good Luck to me...





Saturday, August 08, 2009

Aksi-aksi Terlampau

Seperti yang dah aku janjikan tempoh hari, kali ini aku akan paparkan lagi gambar-gambar Faris sepanjang tempoh usia 6-7 bulan. Tapi kali ini gambar yang bakal dipamerkan adalah babak-babak aksi terlampau yang sempat aku rakam. Juga di pamerkan, beberapa mangsa yang telah menjadi mangsa kepada aksi-aksi ganas terlampau ini.
Bersama dolphin kesayangan

Mangsa yang bakal di kerjakan

Senyum dulu...

Seraaaaaaaang..

Fikir dulu...

geram...

Terdampar keletihan...rest dulu

Aksi seterusnya...gigiiiiiit

Ke mulut jua akhirnya

Mangsa kedua

Hehehe....siap sedia



Bersama semburan-semburan

Hahaha...kini sudah berada dalam dakapan ku

Sembur lagi.....

Lepas sembur...masuk mulut pulak



Mangsa ketiga...

Arrghhhhh...

Ops..terlebih sudah

Senyuman kegembiraan
Inilah sebahagian aksi-aksi yang dapat aku kongsikan kali ini. Saja aku buat title tu lain macam...heheheh. Harap family kat kampung yang dah 6 bulan tak jumpa Faris gembira dan berpuas hati dengan gambar-gambar yang aku letak ni. Harap terubat la jugak rindu anda semua......




Saturday, August 01, 2009

Aksi Golek-gelentang

Kali ni aku nak berkongsi gambar-gambar Faris sepanjang usia 6 bulan ni. Lebih specific lagi, gambar-gambar ini bakal mempamerkan aksi-aksi ganas, golek-gelentang dan seumpama dengannya. Aku letak gambar banyak-banyak ni atas permintaan family kat kampung yang nak tengok gambar-gambar terkini Faris.

Awal usia 6 bulan, baru boleh meniarap dengan stabil

Rehat dulu kejap.....

Bila dah penat, nangis la pulak....

Sambil rehat pun sempat senyum lagi....

Ginilah gaya bila penat meniarap

Aksi golek-golek sebelum tidur

Penat dah, nak tidur lah ni.

Bila dah masuk 6 bulan setengah, kepakaran meniarap dah mula ketara. Kejap-kejap je nak meniarap. Tak kira atas tilam, atas lantai, semua tak kira. Letak jer terus nak meniarap.

Aksi golek-gelentang

Ada siapa berani mau lawan?

Separuh atas tilam, separuh atas lantai

Atas lantai sepenuhnya.

Lantai pun lantai lah, janji aku bleh main
Bila dah makin expert meniarap, dah tak nak meniarap atas tilam lagi, nak meniarap atas lantai jer. Senang sikit nak pusing 360 darjah, tapi bahaya untuk aksi golek-golek.

Aksi meniarap atas lantai

Rehat dulu

Ada siapa mau join?

Jom main

Jangan tiru aksi ini

Nak terbang la pulak...

Senyum jer.....

Penat dah....rest dulu

Begitulah sebahagian aksi-aksi meniarap Faris sepanjang usia 6 bulan hingga 7 bulan. Entry lepas ni pulak aku nak letak gambar-gambar aksi golek gelentang dan aksi terlampau atas tilam.Tunggu...................




disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...