Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2011/2012 sudah boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi mulai 28 April 2011.
Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM 2011 untuk mendapatkan maklumat mengenainya.
Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
- Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2011 boleh disemak dengan tiga cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
- Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.
Pendaftaran Matrikulasi
- Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 23 Mei 2011.
- Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
- Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
- Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM 2011.
Rayuan Matrikulasi
- Manakala mereka layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 28 April 2011 sehingga 13 Mei 2011.
- Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
- Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 2 Jun 2011.
Maklumat
- Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
- Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi KPM 2011.
No comments:
Post a Comment