Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, May 05, 2011

Faris dan Farhani

Dah berbulan-bulan aku tak buat entry pasal life aku sekarang. Ntah la, kadang-kadang takde idea, kadang-kadang takde mood, kadang-kadang takde masa. Tapi kali ni, tiba tiba je aku rasa ada sedikit mood dan sedikit ruang untuk berada di sini. Mungkin sebab aku keseorangan.....

Sebenarnya dah berminggu-minggu aku duk seorang kat Sabah ni, my wife tersayang dan Faris duk kat kampung, masih dalam tempoh berpantang. So aku kat sini duduk seorang ler. Sungguh sunyi dan bosan. Dan......hari ni birthday aku. Dulu time bujang, sambut sorang-sorang, kemudian berdua, kemudian bertiga, and this time berseorangan.....Apa-apapun aku redha dengan keadaan dan situasi ini.

Fistly aku nak berkongsi dengan semua tentang kehadiran insan baru, penyeri hidup kami sekeluarga. Nur Farhani Husna, srikandi pertama ku dan juga amanah ku yang kedua selamat dilahirkan pada 26 Mac yang lalu.

This one adalah gambar yang diambil pada hari ke tiga kelahiran Nur Farhani Husna, Faris masih belum mengerti sepenuhnya tentang kehadiran adiknya. Tapi yang jelas, dia pun semacam teruja......entah kenapa.


Kehadiran Farhani amat bermakna disaat keluarga dalam kesedihan kehilangan orang kuat dalam keluarga kami. Tok Abah meninggal beberapa minggu sebelum Farhani dilahirkan, kesedihan keluarga sedikit terubat dengan kehadiran Farhani.


Gambar yang ini diambil pada hari majlis tahnik dan bercukur, hari ketujuh kelahiran Farhani. Pada ketika ini, belum ada tanda-tanda cemburu kelihatan pada Faris. Mungkin masih baru, semua orang gembira, so dia pun gembira. Tanpa dia sedar, besoknya aku dah bertolak ke Sabah, meninggalkannya di kampung bersama yang lain.


Yang ni pulak aku ambil dua minggu lepas, time aku balik bercuti hujung minggu selepas 3 minggu aku meninggalkan mereka. Sedikit terubat kerinduan Faris pada aku, dah lama dia tak jumpa dengan aku. Masa yang ada dihabiskan sepenuhnya untuk melayan karenah Faris yang makin berubah, dan unsur-unsur cemburu pun dan mula ada.

Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah , next week aku akan balik untuk mengambil my wife, Faris dan Farhani, untuk dibawa ke Sabah, bersamaku. Dah sampai masanya aku dan ummi menjaga Faris dan Farhani sepenuhnya. Thanks tu Tok Ma dan pengasuh berIjazah , MarYanie yang sanggup dan terpaksa melayan karenah Faris selama ini. Aku tahu, mereka telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk Faris dan Farhani. Thanks u soooooo much.

Diharap dengan kehadiran Farhani bakal menyerikan lagi hidup kami sekeluarga, dan menjadikan kami terus bersyukur dan diberkati olehNYa

Saturday, March 19, 2011

How do you spell peaceful weekend when shopping malls are packed like mad? I need a getaway!



If only travelling is an occupation.. Don't we all wish the same?

Don't you wish you have all the money in the world so you could travel around the world? Ahhh.. The thought of visiting Eiffel Tower in Paris or sightseeing in New Zealand do jiggle the freedom we all yearn for far too long. Well, listen up, Churpers! Cause we're bringing you the best deal ever! MAS Traveller is going to be the answer to your life long dream. All you gotta do is to craft a blogpost, upload a video and promote it. With just 4 simple steps from MAS Traveller and you could be on your way to South Africa or even awesome Korea! Be quick. Put your creative hat on, and you could be the lucky ones to stand a chance to win TWO all-expense-paid trips and own a page on Yahoo! Travel. Share this with your family and friends today. Have fun! Contest ends on April 1, 2011.

Saturday, December 25, 2010

Which 'health personality' do you have?

Which 'health personality' do you have?
Take this 2-min Wellness Profiler on Facebook!

Are you an Advocate? An Investor? A Manager? Or a Hopeful? Knowing which of these 4 personality types will have a profound impact on your health and wellness.

Click Picture for more details

This Wellness Profiler by Health Focus International is brought to you free, courtesy of Nestle.

Important: Make sure you find out which health personality you have before you share it with your friends. =)

Thursday, December 02, 2010

Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Suka Tengok Cerita Indon

Tiba-tiba aku rasa nak tulis entry pasal benda ini, mungkin seb dah boring dan tensen dengan keadaan yang makin menjadi-jadi sekarang. Aku ni bukan yang jenis minat drama indon kat TV, aku pun tak paham kenapa ramai betul orang malaysia yang minat betul cerita-cerita sebegini kat TV.

Aku setuju betul dengan nomoresecret95.blogspnot.com, terlalu banyak drama indon kat TV sekarang ni. Kalau aku balik kerja time tengahari tu, habis channel aku tekan, sana indon, sini indon, bersambung sambung, lepas 103, 104, pastu 105, pastu 106 pun join skali.Tu belum kira petang-petang, lagi sadis kalu hujung minggu, aduyai...pening aku. Sebagai contoh, cinta kirana, safa &marwah, cahaya, alisa, dan banyak lagi.....

Kat sini aku senaraikan beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kenapa rakyat malaysia suka tengok cerita / drama indon

1. jalan cerita menarik, suspen, dan berjela-jela
Ya ke? aku pun tak paham apa yang menariknya, yang pasti kalu dah peminat setia tu, mesti siap susun jadual lagi. Pastu sampai ke tempat kerja duk bercakap pasal itu dan ini....

2. pelakon yang hensem, dan cantik
Yang ini aku tak nafikan. kalu dah jadi hero/heroin tu mesti yang cun melecun, dan hensem-hensem. Kalu lagi best, yang jadi jahat pun hensem ngalahkan hero lagi. Yang peliknya, mamat indon yang aku tengok yang datang malaysia takde pulak hensem macam tu

3. Pakaian yang ala kadar
Jangan silap faham. Bukan yang ala kadar yang itu, tapi yang ala kadar menutup tubuh badan. nak tercabut bijik mata mamat-mamat m`sia tengok

4. Dekat dengan kehidupan
Cerita yang ada biasanya berkait rapat dengan kehidupan sebenar. cinta 3 segi, anak terpisah dengan mak, konflik kluarga tiri, konflik darjat, ala-ala islamik gitu. Tapi yang aku tak faham, cerita yang dongeng dan kompem merapu pun ramai orang minat.

5. Terpengaruh
Ni pun satu hal, dah kawan-kawan tengok and then asyik bercerita, kita pun nak try tengok, las-last melekat sama. Orangb kata best, kita pun kata best.

6. Budaya dan pendedahan
Mungkin ini yang berlaku tanpa disedari. Siaran-siaran Tv banyak mempengaruhi kehidupan sebenarnya. kalu dah tiap-tiap hari duk tayang benda tu, mau tak mau ter'tengok' jugak, last-last ter'minat' jugak. Dah tiap-tiap hari kena suap, makin lama makin biasa la. Sama jugak kes yng berlaku macam musim AF.

Ini sekadar pendapat aku dan beberapa pendapat lain yang aku temui. Mungkin orang lain ada pendapat yang lagi bagus. Dan mungkin ada orang yang tak setuju dengan aku. Pada aku, ini hanya pendapat individu macam aku yang tak bertauliah.

Aku harap, anak-anak aku tak minat drama indon macam orang-orang lain. Sama-sama kita martabatkan cerita-cerita dari negara kita sendiri. Banggalah dengan negara dan bangsa sendiri.



Tuesday, November 23, 2010

Tip Mengesan Jenis Kelamin Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)

Dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya.

Walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seoranng ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya.

Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Banyak cara dan petua yang boleh dijadikan panduan untuk meneka jenis kelamin bayi yang bakal dilahirkan.

Kalau kat tempat aku bekerja, pantang je kalau ada rakan sekerja yang mengandung. Pasti ada dukun dan tukang tilik yang tak bertauliah menawarkan diri untuk meneka jantina bayi yang bakal dilahirkan. Masing-masing dengan kaedah yang tersendiri, ada yang biasa didengar, dan ada juga yang jarang sekali dapat didengar. Ada yang logik dan ada yang tak logik dan langsung tak releven.

Yang menjadi tukang tilik ni pastinya dikalangan ibu-ibu juga, masing-masing dengan idea tersendiri. Namun ada juga yang lelaki tukang sibuk untuk turut sama meneka, sungguh tak releven.

Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jenis kelamin tersebut adalah :
  1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.

  2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.

  3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.

  4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.

  5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.


Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

Banyak lagi sebenarnya petua dan tanda-tanda yang boleh dijadikan panduan, namun ini hanya sebahagian sahaja daripada berpuluh-puluh petua yang ada. Aku percaya banyak lagi petua di luar sana, dan mungkin para ibu juga mempunyai petua dan panduan yang bermacam-macam, yang menarik, yang pelik, yang tak berapa logik pun ada, dan paling bahaya ada yang boleh memudaratkan ibu dan bayi tersebut.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa ini semua hanyalah petua, petunjuk dan panduan. Kadang-kadang betul, dan kadang kala silap, dan banyak juga yang bersifat kebetulan. Jangan pula kita mempercayainya 100% sehinggakan merosakkan akidah kita, sedangkan ultrasound pun boleh silap. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala. Apa yang penting adalah keselamtan dan kesihatan ibu dan bayin yang bakal dilahirkan.



Monday, August 02, 2010

15 Cara Gembirakan Suami

Dalam memupuk nilai kekeluargaan yang tinggi dan mengeratkan hubungan suami-isteri, persefahaman suami-isteri menjadi tunjang dan peranan utama demi kebahagiaan sesebuah keluarga. Kadang-kadang ada dikalangan kita sering terlupa dengan peranan masing-masing agar keluarga terus harmoni dan bahagia.

Dalam entry lepas, aku ada berkongsi tentang cara menggembirakan isteri. Tapi kali ini aku tujukan entry ni untuk para wanita yang bergelar isteri. Aku tahu, tugas isteri bukannya mudah, dan bukannya senang untuk menjadi isteri yang terbaik dan terhebat. Ada juga sesetengah wanita hanya bergelar isteri, namun gagal mendalami erti sebenar seorang isteri.


Dalam kesibukan menguruskan rumah dan hal ehwal anak-anak, kadang kala wanita sering lupa, walaupun dia bergelar seorang ibu kepada anak-anak, namun mereka tetap seorang isteri kepada suaminya. Tugas dan tanggungjawab isteri bukan sekadar menguruskan rumahtangga, kebahagiaan dan menggembirakan suami juga penting. Nafkah batin yang harus ditunaikan oleh isteri bukan sekadar di kamar tidur, namun nafkah batin dalam bentuk yang lebih mendalam harus ditunaikan iaitu sentiasa menggembirakan suami dalam pelbagai bentuk.

Di sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan yang boleh diamalkan bersama oleh isteri demi menggembirakan suami yang tercinta .


  1. Jangan terlalu mengongkong suami

  2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk

  3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami

  4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
  5. Percayalah pada suami

  6. Jangan kedekut memuji suami

  7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh

  8. Kalau suami tidak suki mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan

  9. Sentisalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa

  10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami

  11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat

  12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga

  13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri

  14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami

  15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati

Sama-samalah kita membahagiakan keluarga dengan saling menggembirakan hati suami dan isteri, seterusnya membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.




Thursday, June 24, 2010

15 Cara Menggembirakan Isteri

Dalam hidup berumahtangga, kegembiraan dan kebahagiaan suami isteri amatlah penting. Pada aku kesefahaman dan saling bertolak ansur memainkan peranan penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam rumahtangga. Tapi kadang-kadang kita lupa, terutamanya para lelaki seperti aku, kita sering terlupa dan terlalai dalam menggembirakan dan membahagiakan isteri.

Mungkin ada dikalangan lelaki yang hanya terfikir yang seorang isteri harus sentiasa menggembirakan lelaki sehinggakan terlupa tugas dan tanggungjawab kita sendiri sebahagai seorang lelaki dan seorang suami dalam menggembirakan isteri. Aku pun kadang-kadang alpa dengan perkara ini.

Jadi di sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan tentang cara-cara untuk membahagiakan isteri, kerana aku tahu isteri yang gembira akan pasti menggembirakan suami dan keluarganya. Sama-samalah kita renung-renung dan ambil iktibar bersama.


  1. Selalulah beritahu isteri yang anda sayangkan dia

  2. Pujuklah jika dia merajuk

  3. Rajin-rajinlah beri dia hadiah. Tak perlulah yg mahal. Cukup sebagai tanda ingatan anda padanya

  4. Sekali-sekala, bantu isteri manjaga anak-anak dan biarkan dia berehat

  5. Kalau pandai memasak , masakanlah makanan istimewa untuk isteri

  6. Ringan-ringankanlah tangan membantu isteri membuat kerja rumah

  7. Peluk dan ciumlah isteri selalu

  8. Tidurlah rapat-rapat dengan isteri

  9. Ketika isteri tengah marah, janganlah naikkan lagi kemarahannya

  10. Jangan sesekali lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup anda berdua

  11. Jika isteri tanyakan pendapat anda. Berilah jawapan yang ikhlas

  12. Sesekali urut dan belailah isteri terutama selepas dia penat melakukan pelbagai kerja rumah

  13. Buat apa yang isteri suka dan tinggalkan apa yang dia tidak suka

  14. Jangan suka memerintah isteri

  15. Sesibuk manapun anda, pasti adakan masa untuk isteri setiap hari

Sama-samalah kita renungkan dan amalkan bersama. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan





disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...