Dalam kesibukan menguruskan rumah dan hal ehwal anak-anak, kadang kala wanita sering lupa, walaupun dia bergelar seorang ibu kepada anak-anak, namun mereka tetap seorang isteri kepada suaminya. Tugas dan tanggungjawab isteri bukan sekadar menguruskan rumahtangga, kebahagiaan dan menggembirakan suami juga penting. Nafkah batin yang harus ditunaikan oleh isteri bukan sekadar di kamar tidur, namun nafkah batin dalam bentuk yang lebih mendalam harus ditunaikan iaitu sentiasa menggembirakan suami dalam pelbagai bentuk.
Di sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan yang boleh diamalkan bersama oleh isteri demi menggembirakan suami yang tercinta .
- Jangan terlalu mengongkong suami
- Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk
- Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami
- Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
- Percayalah pada suami
- Jangan kedekut memuji suami
- Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh
- Kalau suami tidak suki mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan
- Sentisalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa
- Jagalah penampilan anda khas untuk suami
- Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat
- Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga
- Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri
- Selalulah ucapkan terima kasih pada suami
- Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati
Sama-samalah kita membahagiakan keluarga dengan saling menggembirakan hati suami dan isteri, seterusnya membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.
4 comments:
OMG! heybatnyer photographer yg snap gambar senget ni..hehe
good advise
sekadar berkongsi idea dan pandangan...
http://www.dolabuy.com/celine-bags.htm celine bags insipid gentle imagine louis vuitton neverfull pm damier ebay louis vuitton bags for sale anode hermes h bracelet ebay weekday louis vuitton damier wallet role celine bags
Post a Comment