Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular. Program ini baru diperkenalkan oleh MARA mulai April 2011.
Ini merupakan tambahan kepada program latihan sepenuh masa yang sedia ada.
Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat namun keutamaan kepada:
- Golongan yang berdaftar dengan e-kasih
- Ibu/Bapa tunggal
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Pekerja Industri / Kilang
- Pesara Komuniti Setempat
- Lain-lain yang bersesuaian
Sistem Latihan
- Kelayakan 3M (Menulis, Membaca dan Minat)
- Simple & Fleksibel – dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan modul
- Sistem Modular – 80% Amali & 20% Teori
- Open entry / exit
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Tidak Uzur
- Berumur 15 tahun ke atas
- Minat dalam bidang yang dipohon
- Lain-lain perkara yang menyokong permohonan
Yuran Pengajian
- RM1.00/jam bagi Program Asas
- RM2.00/jam bagi Program Pertengahan
Jangkamasa Dan Perlaksanaan
- Berdasarkan modul yang digunakan
- Maksima 8 jam sehari termasuk 1 jam rehat samada dilaksanakan:
- Kelas Malam
- Cuti / Hujung Minggu
Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:
- Muat turun di Borang Permohonan Latihan 1 Malaysia GIATMARA
- Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa
- Pihak GIATMARA juga menawarkan program latihan kemahiran sepenuh masa yang menganugerahkan Sijil Profesional GIATMARA yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia.
- Sila rujuk Permohonan Kemasukan Program Latihan Kemahiran Sepenuh Masa GIATMARA untuk maklumat lanjut.
Maklumat
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA ini sila kunjungi laman web GIATMARA
- Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di iklan pengambilan Latihan 1Malaysia.
- Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
- Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402/ 3557
Fax : 03 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my
No comments:
Post a Comment