Wednesday, September 08, 2010

Lebaran Ini


Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya,
Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Sebuah lagu nasyid yang sangat popular dan dinyanyikan oleh beberapa artis seperti Nowseeheart, Raihan, Rem, Ajai dan lain-lain lagi. Lagu ini bertajuk Lebaran Ini, namun sebenarnya lagu ini merupakan versi kedua atau boleh dikatakan dinyanyikan semula dengan nafas baru dan lebih segar. Lagu ini sebenarnya dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Anugerah, dan tajuk asal lagu ini adalah Lebaran Yang Datang. Versi asal lagu ini dirakam sekitar tahun 1994-1996 dibawah OVA Production (kini dah takde) dan kalau tak silap aku ahli Kumpulan Nowseeheart ada yang berasal dari kumpulan Anugerah ini. Siapa nak dengan lagu asal boleh la Download Kat Sini. Pada pendapat aku versi asal lagu ini jugak menarik dan lebih klasik.

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan yang mengenali aku, di dunia nyata atau di dunia cyber ini. Maaf Zahir dan Batin untuk rakan-rakan se-sekolah, rakan-rakan se-universiti, rakan-rakan se-maktab, rakan-rakan se-kampung, rakan-rakan blogger, rakan-rakan FB, rakan se-kerja, rakan-rakan se-perjuangan dan segala jenis rakan. Moga lebaran ini mengeratkan lagi persaudaraan kita.




No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...