Saturday, August 28, 2010

Hari Kemerdekaan 2010



Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Lagi 2 hari rakyat Malaysia akan meraikan satu hari yang amat besar maknanya kepada semua rakyat Malaysia.
Hari Kebangsaaan Malaysia ini juga dipanggil Hari Kemerdekaan Malaysia

Namun, dalam nak meraikan hari yang bersejarah ini, aku rasa sedikit kecewa dan terkilan. Sambutan menjelang Hari Kemerdekaan pada aku makin hilang serinya. Aku tengok sejak kebelakangan ni, makin kurang rakyat Malaysia mengibarkan bendera Malaysia. Kalu dulu-dulu, zaman aku budak-budak punyalah meriah. Belum lagi masuk bulan ogos dan rasa kemeriahannya. Basikal aku dah siap pasang bendera awal-awal lagi. Tapi sekarang ??????


Tak dinafikan, sebenarnya masih ramai yang bersemangat untuk meraikan hari yang penuh bersejarah ni, mungkin sebilangan kecil yang asyik leka dengan dunia dan kerja-kerja sehinggakan terlupa pengertian Hari Kemerdekaan. Yang ramai tahu pasal kemerdekaan adalah, perarakan, konsert-konsert, cerita-cerita kat TV dan lain-lain lagi. Tapi tidak pula cuba untuk menghayati erti yang sebenar, semunya terarah kepada hiburan sahaja.

Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan.

Tapi dalam pada duk menyambut hari merdeka ini, ada mungkin yang terlupa. Tahun ni sambutan kemerdekaan kali ke berapa ? Soalan yang senang tapi mungkin ada yang tergelabah bila ditanya soalan sebegini. Namapak sangatlah tak peka dengan perkembangan semasa.Tahun ni merupakan sambutan kemerdekaan kali ke 53. Dah 53 tahun negara Malaysia merdeka.

Soalan yang mungkin ditanya adalah, apa tema hari kemerdekaan pada tahun 2010 kali ini? Dan soalan paling teruk adalah, berapakah tarikh kemerdekaan Malaysia?.....

Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini

Tahun Tema

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif1
972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
88-89 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
00-06 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 1Malaysia Menjana Tranformasi




Wednesday, August 25, 2010

Cari Jodoh : Petua 3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"

Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B'. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergiuntuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... sayajuga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"



Saturday, August 21, 2010

Matlamat dan Objektif Matematik KBSM


Kurikulum Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah ( KPM,1990; Nik Azis, 992 ).

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:
- kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa;
- kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;
- kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;
- kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM. Aspek-aspek itu adalah:
- keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran;
- penggunaan matematik dalam situasi sebenar;
- kemahiran penyelesaian masalah;
- penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan
- pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan ber kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Secara ringkas, objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar;
1. mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem tentang nombor dan ruang;
2. memperkukuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi;
3. menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu :
- membuat anggaran dan penghampiran
- mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar
- mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik
- mengumpul, merekod, mewakili dan mentafsirkan data dan
- mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik
4. menguasai kemahiran menjalankan algoritma
5. menguasai kemahiran menyelesaikan masalah
6. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian
7. memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara mantik, bersistem, heuristik dan tepat. ( NCTM, 1980; KPM, 1990 )

Jelas dapat diperhatikan sama ada daripada matlamat atau objektif pendidikan matematik, bahawa setiap pelajar dikehendaki memahami setiap konsep, dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berkenaan di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian, kerana pemahaman konsep matematik penting dalam meningkatkan kemampuan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah.

Sumber :
Matematik KBSM : Harapan dan Realiti
Oleh : Tengku Zawawi Tengku Zainal


Saturday, August 14, 2010

Puasa


Tiba-tiba aku teringat kat satu lagu nasyid yang pernah popular zaman aku sekolah dulu, lagu dari kumpulan Soutus Sofwa, tajuk dia Puasa. Lagu ni simple je, lirik pun agak simple,tapi dia punya vokal, bikin gerun, punya la tinggi piching.

Bulan Ramadhan kita berpuasa
Itulah rukun Islam yg ketiga
Di waktu siang lapar dahaga
Siapa taat pasti Allah suka

Bulan Ramadhan bulan berpuasa
Bulan ujian untuk kita semua
Siapa taat akan perintah-Nya
Diberi pahala balasan syurga

Wahai kawan-kawan janganlah lupa
Siapa puasa mendapat pahala
Di akhirat kita mendapat syurga
Siapa malas nantikan kecewa

Wahai kawan-kawan janganlah lupa
Puasa banyak mengajar kita
Yang melatih kita berakhlak mulia
Agar menjadi orang bertaqwa

"Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mengharungi bulan Ramadhan ini"

Di waktu siang lapar dahaga
Penuhi dengan amal ibadah
Siapa sabar siapa redha
Akan mendapat hikmah berpuasa


Lagu ni di petik dari Album Keharmonian Aidilfitri, kompilasi lagu-lagu nasyid untuk Ramadhan dan Aidilfitri. Aku rasa kalu nak cari album ni dalam bentuk kaset/CD mungkin agak mustahil, sebab lagu ni kalu tak silap aku dalam tahun 94-96 gitu. Zaman Nadamurni, The Zikr, dan lain-lain kumpulan nasyid di bawah naungan OVA Production (sekarang dan tiada dah). Aku jumpa lagu ni kat internet, so siapa nak download lagu ni boleh Download Kat Sini.

Untuk semua rakan-rakan Muslim, semoga kita terus dapat meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan yang diberkati ini, dan jangan sia-siakan peluang yang datang hanya sekali dalam setahun.




Monday, August 09, 2010

Harapan Ramadhan : Suatu Harapan atau Suatu Persoalan ?



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...Ku tempuh jua



Sebuah lagu yang pernah didendangkan oleh Man Bai suatu masa dahulu, dan pernah juga dinyanyikan bersama Kumpulan Raihan. Sungguh mendamaikan jiwa dan memberi seribu pengertian kepada aku dan mungkin semua orang yang bergelar Muslim.

Adakah Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan lebih baik daripada Ramadhan-ramadhan yang lepas? Setiap kali Ramadhan menjelma, inilah persoalan yang selalu bermain di benak ku. Kalau Ramadhan kali ini tak sebaik Ramadhan yang lepas, adakah aku akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang???Hanya Allah yang maha mengetahui..

Buat semua yang merasakan dirinya Muslim, renungkanlah bersama, walau seketika, walau sedetik, adakah amalan di Ramadhan yang lepas mencukupi atau memuaskan, di tahap manakah pencapaian anda? Adakah A? Adakah B? Adakah C? atau mungkin Gagal?........Bagaimana dengan Ramadhan kali ini? Cukup bersediakah kita untuk meningkatkan ibadah di bulan yang diberkati Allah ini?

Bersama-samalah kita renung-renungkan, bersamalah kita menjayakan Ramadhan yang hanya muncul sekali dalam setahun...dan mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir, dan mungkin kita tidak berkesempatan berjumpa Ramadhan yang akan datang...... hanya Allah yang maha mengetahui, dan kepada Dia lah kita berdoa agar segala amalan kita diterima olehNya dan kita sentiasa di rahmatiNya....Amin.




Monday, August 02, 2010

15 Cara Gembirakan Suami

Dalam memupuk nilai kekeluargaan yang tinggi dan mengeratkan hubungan suami-isteri, persefahaman suami-isteri menjadi tunjang dan peranan utama demi kebahagiaan sesebuah keluarga. Kadang-kadang ada dikalangan kita sering terlupa dengan peranan masing-masing agar keluarga terus harmoni dan bahagia.

Dalam entry lepas, aku ada berkongsi tentang cara menggembirakan isteri. Tapi kali ini aku tujukan entry ni untuk para wanita yang bergelar isteri. Aku tahu, tugas isteri bukannya mudah, dan bukannya senang untuk menjadi isteri yang terbaik dan terhebat. Ada juga sesetengah wanita hanya bergelar isteri, namun gagal mendalami erti sebenar seorang isteri.


Dalam kesibukan menguruskan rumah dan hal ehwal anak-anak, kadang kala wanita sering lupa, walaupun dia bergelar seorang ibu kepada anak-anak, namun mereka tetap seorang isteri kepada suaminya. Tugas dan tanggungjawab isteri bukan sekadar menguruskan rumahtangga, kebahagiaan dan menggembirakan suami juga penting. Nafkah batin yang harus ditunaikan oleh isteri bukan sekadar di kamar tidur, namun nafkah batin dalam bentuk yang lebih mendalam harus ditunaikan iaitu sentiasa menggembirakan suami dalam pelbagai bentuk.

Di sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan yang boleh diamalkan bersama oleh isteri demi menggembirakan suami yang tercinta .


  1. Jangan terlalu mengongkong suami

  2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk

  3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami

  4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
  5. Percayalah pada suami

  6. Jangan kedekut memuji suami

  7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh

  8. Kalau suami tidak suki mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan

  9. Sentisalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa

  10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami

  11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat

  12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga

  13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri

  14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami

  15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati

Sama-samalah kita membahagiakan keluarga dengan saling menggembirakan hati suami dan isteri, seterusnya membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.




disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...