Sunday, June 21, 2009

Ibu dan Ayah Tercinta.....

Belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat hari bapa dan selamat hari ibu kepada semua ibu dan bapa, terutama sekali ayah dan mak yang telah banyak berkorban untuk membesarkan aku dan kami adik beradik. Walaupun kami hidup sederhana, namun kami bersyukur kerana kami hidup bahagia.......


Mak dan Ayah/Cheq with their first daughter-in-law

Kami adik beradik yang ramai, 8 orang (+1) begitu banyak menyusahkan mak dan ayah. Aku masih ingat, waktu aku kecil dahulu, walaupun kami hidup sederhana dengan anak yang ramai, tapi maka dan ayah tetap mampu menghantar kami ke sekolah. Mak dan ayah cukup marah kalau kami menyatakan tidak mahu ke sekolah, mereka tidak mahu anak-anak jadi seperti mereka. Mereka sedaya upaya inginkan semua anaknya berjaya dan mengubah hidup kami sekeluarga.

Aku masih ingat sewaktu aku belum bersekolah lagi, seawal pagi mak bangun menyediakan sarapan kepada kakak-kakak yang bersekolah, dan ayah akan menghantar mereka kesekolah dengan basikal tuanya. Anak-anak yang tidak bersekolah akan bersama mak dan ayah ke kebun getah untuk menoreh getah. Mak dan ayah bawa kami semua, tiada seorang pun yang tertinggal di rumah. Kalau di musim padi, kami adik-beradik akan sama turun ke bendang. Mak,ayah dan kakak-kakak yang dewasa akan mengusahakan bendang, dan kami yang kecil-kecil bermain dalam bendang. Penat berkejar-kejaran di bendang, kami main tangkap pepatung ( tuyup/pok idir/puting beliung dlm loghat Kelantan) pulak. Lepas tu main tangkap belalang, dah tangkap, letak dalam botol, pastu cucuk-cucuk kat lidi, and then.........bakar/salai....makan....best betul time tu.

Ayah @ Cheq semakin di mamah usia

Aku pun masih ingat, mak dan ayah pernah menanam kubis, jagung,kacang tanah, tembikai, dan macam-macam jenis sayur dan buah-buahan, semuanya di tanam secara bergilir-gilir. Dan kami adik-beradik akan turut sama membantu meringankan beban ayah dan ibu. Lepas penat membantu ayah menyiram tanaman, kami yang kecil-kecil akan pergi bermain, berkejaran di celah-celah batas tanaman. Dan aku masih ingat, hobi kami sewaktu itu adalah memancing ikan di parit/anak sungai, dapat la jugak ikan haruan, puyu dan sebagainya.

Aku tetap mengingatinya lagi, setiap kali anak-anak berjaya untuk ke maktab atau universiti, pasti ayah akan terpaksa menjual lembu kesayangannya untuk pembiayaan anaknya nanti. Kadangkala aku hairan dan rasa kagum dengan kesungguhan mak dan ayah untuk menjadikan anak-anaknya berjaya. Semua anaknya boleh dikatakan berjaya, 4 daripada kami berjaya menghabiskan pengajian di universiti, 2 diploma,1 maktab,1 STPM. Hanya bermodalkan pekerjaan sebagai petani......ajaib kan???? Tetapi itu semua tidak mustahil pada mereka, dan mereka telah membuktikannya.....


Mak sering merindui anak-anaknya

Ayah dan mak kini telah berusia, dan kami pun masing-masing sudah bekerjaya dan berkeluarga. Kami tidak mampu dan mustahil untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka. Dapat ku lihat setiap kali kami pulang ke rumah, mak dan ayah akan tersenyum riang, bermain dengan cucu-cucu mereka yang sekarang sudah 15 orang. Kami harap kami dapat membahagiakan mak dan ayah.

Untuk mak.....terima kasih untuk semua pengorbanan mu, tak terbalas jasa mu menjaga ku dari kecil hingga kini.Setiap titis air susu dari mu bagai satu kasih dan sayang mu pada aku, mustahil untuk aku membayarnya kembali. Ayah.....terima kasih atas semua pengorbanan mu dan usaha mu yang tak pernah kenal erti penat dalam menjaga kami sekeluarga. Setiap titik peluh mu bagai satu semangat kepada kami untuk terus membahagiakan mu. Segala asuhan dan didikan agama yang kamu beri akan kami jaga dan amalkan.

Bagi ku,tiada istilah hari ibu atau hari bapa. Pada ku, setiap hari adalah hari ibu, dan setiap hari juga adalah hari bapa. Ibu dan bapa bukan untuk diingati dan dirai pada satu hari sahaja, tetapi setiap hari, sepanjang hayatnya, selagi dia bernyawa, selagi kita bergelar anak, dan untuk selama-lamanya.

Terima kasih mak, terima kasih ayah/cheq ......


*Satu lagu dendangan Aris Ariwatan yang sedikit sebanyak menyentuh tentang pengorbanan ibu dan ayah serta kehidupan ini...nostalgik betul.

Satu....

Kasih nan abadi

tiada tandingi ......DIA yang satu

Dua....

Sayang berpanjangan

Membawa ke syurga......kasihnya ibu

Tiga.......

Lapar dan dahaga

Rela berpayahan.......setianya ayah

Empat.......

Mudah kau ketemu

Berhati selalu beza antara ......kasih dan kekasih

Ibu ......kuingat dahulu

Menyisir rambutku kemas selalu

Ayah......menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang !!! dengar lagu ini

Untuk kau sandarkan.....buat pedoman

Jangan .....manis terus ditelan

Pahit terus dibuang , itu bidalan

Harus kau renungkan

Andai...kau beroleh bahagia

Ingat itu bukan untuk selamanya

Andai.....kau dalam sengsara

ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara..

4 comments:

Unknown said...

lagu ni best sgt...

Unknown said...

lagu ni best sgt...

nordee said...

sedih lak baca entri kau ni

ajai05 said...

Family aku dulu hidup cukup stragle....tapi, inilah kehidupan. Aku tak pernah lupa kisah zaman kanak-kanak aku yang aku rasa banyak untuk di kongsikan....

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...