Monday, June 08, 2009

Aku di sini, Dia di sana


Hari ini, seorang anak berdoa untuk seorang wanita bergelar ibu. Seorang anak yang jauh di perantauan, jauh dari pandangan mata ibunya, mendoakan yang terbaik untuk ibunya. Terkilan, dan kekesalan sering bermain di minda ini. Mana tidaknya, hari ini ibuku bakal dimasukkan ke hospital dan bakal menjalani pembedahan. Aku di sini, di perantauan, tidak dapat pulang.

Seawal bagi besok, mak bakal menjalani minor-operation, di mana dia akan menjalani pembedahan mata. Setahun dulu, ketika pembedahan yang pertama, aku berada di kampung. Pada waktu itu, cuti sekolah hujung tahun, aku ada banyak masa menjaganya. Kali ini, bagi pembedahan yang kedua, aku berada nun jauh di perantauan.

Pembedahan kali ini adalah pembedahan kedua melibatkan mata yang sebelah lagi. Pembedahan mata yang pertama boleh di katakan berjaya hasil berkat doa semua anak-anaknya. Pembedahan ini adalah untuk menggantikan 'manik' mata yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna kesan daripada penyakit kencing manis. Matanya menjadi kabur dan berselaput.

Aku berdoa pembedahan kali ini juga dapat dilaksanakan dengan baik, dan mak sihat. Namun yang agak merisaukan aku adalah bagaimana dengan makan minum mak dan ayah aku selepas pembedahan ini. Mengikut pantang yang diberitahu oleh doktor, banyak perkara dan kerja-kerja yang harus dielakkan selepas menjalani pembedahan ini. Di antaranya adalah, mak harus mengelakkan diri daripada benda yang berasap atau berabuk. Jadi macam mana nak masak? Mak juga harus mengurangkan pergerakkan yang melibatkan perbuatan membongkok seperti tunduk, membaca dan seumpama dengannya. Mak juga harus mengelak daripada melakukan kerja-kerja separuh berat seperti membasuh kain, memerah kain, mengangkat barang2. Ini kerana doktor bimbang sekiranya perbuatan-perbuatan ini dilakukan bakal memberi tekanan kepada urat-urat dan saraf-saraf pada mata yang boleh menyebabkan jangkitan pada mata. Semua ini harus jaga sekurang-kurangnya 60 hari.

Kenapa aku risau? mak dan ayah hanya tinggal berdua. Anak-anak yang lain ramai yang dah berkeluarga dan bekerja. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau dulu ok lah cikit sebab dalam cuti sekolah. Sekarang? Bila sekolah dibuka, masing-masing akan sibuk dengan kerja dan anak-anak. Tapi kami adik-beradik akan cuba sedaya upaya untuk menjaga ibu sebaik mungkin. Mungkin tidak sesempurna ibu menjaga kami, tapi kami akan cuba sebaik mungkin.

Mak. Aku harap mak akan dapat menjalani pembedahan nanti dengan hati yang tenang. Kami sentiasa berdoa yang terbaik untuk mak. Tuhan..kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada Ibu...aku memohon dariMU

5 comments:

Unknown said...

Doakan yg terbaik...

radin fatihah husna said...

sabar la Pejal... MAcam tu la, lumrah bila dok jauh ni...

aper lagi? isi la borang...

aku dah.... mauahhaa

ajai05 said...

ko xpe la Din kat slangor, kalu Klantan ni ibarat Mission Imposible jer.....lg pun aku rasa belum masanya...maybe stahun dua lagi, kasi genap 5 tahun...setelkan semua fail kat sini dulu.

Janna Wan Muhammad said...

semoga ur mom akan cepat sembuh..jgn luper bertanya khabar...doa2 byk utk kesejahteraan ur mom...

ajai05 said...

insyaAllah....

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...