Wednesday, May 27, 2009

Perkembangan Anak - Kemampuan dan Kecenderungan Bermain Mengikut Usia (0-6 bulan)

Kepintaran anak bermain akan berkembang sesuai dengan usianya. Melakukan aktiviti bersama si manja mampu memberi ruang yang baik untuk perkembangan mental dan fizikalnya. Namun harus diingat setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza. Jadi jika bayi tidak bersedia untuk melakukan aktiviti itu, jangan risau. Cuba lakukan dalam beberapa minggu berikutnya.

Baru Lahir - Rasai Kelembutan
Perkembangan deria sentuh bayi mula meningkat. Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dengan menggunakan pancainderanya terutamanya deria sentuh. Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembut , bayi dapat merasainya.
*perkembangan kemahiran : Koordinasi tangan dan mata

Satu Bulan - Kayuhan
Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokan ketika bermain dengannya . Pegang kakinya dan buat gerakan seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu, anda boleh menyanyikan mengikut rentak kakinya.
* perkembangan kemahiran : Motor kasar

Dua Bulan - Bunyi
Bunyi yang bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan dan tangannya.
*perkembangan kemahiran : Pendengaran

Tiga Bulan – Gerakkan Objek
Antara 2 dan 4 bulan, bayi mampu menggerakkan tangannya. Dengan menggantungkan objek dengan tali seterusnya ia bergerak kesana sini, akan membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mulai boleh focus dengan objek yang digantung itu.
*perkembangan kemahiran : Koordinasi tangan, mata dan visual.

Empat Bulan - Pengenalan kepada buku
Duduk bersama si kecil dan pegang buku yang menyediakan ilustrasi yang menarik dengan warna yang terang. Pastikan terdapat gambar yang terang. Cara yang sama boleh digunakan kad imbasan. Sebutkan perkataan dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan itu.
*perkembangan kemahiran : Visual dan lisan

Lima Bulan - Tepuk amai-amai
Bayi anda naru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin dengan cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria. Tepuk tangan dan gerakan badan anda membuatkan bayi berasa selesa. Cara ini boleh sesuai dilakukan ketika bayi berada di atas katil.
*perkembangan kemahiran : Lisan

Enam Bulan – Album gambar
Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya. Masukkan sekali gambar pengasuh, jiran dan kawan anda. Cara ini membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah orang yang dia kenali.
*perkembangan kemahiran : Motor halus dan pengecaman.

Secara umumnya bayi baru lahir mampu melihat, mendengar serta berupaya mengenal bau ibunya. Antara tempoh usia enam bulan, bayi sudah pandai pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak mata bayi sudah mula mengikuti atau merenung sesuatu yang bergerak dan berwarna yang cerah. Serta turut menyukai barang-barang mainan yang mengeluarkan bunyi atau muzik sesuai untuk bayi ini.

Pergerakan badannya semakin baik, antaranya jika bayi dalam keadaan meniarap ia mungkin dapat mengangkat kepalanya sekali-sekala dan ada juga bayi pada usia ini akan cuba menggulingkan badannya. Dan perkembangan yang paling disukai oleh ibu bapa ialah bayi sudah pandai tersenyum !.

Dipetik daripada majalah Pa&Ma




2 comments:

Unknown said...

Yo belajar Psikologi,ada 4 tahap psikologi manusia dari bayi smpai tua.

ajai05 said...

itu psikologi, ini fisiologi lain plak, blum kira kognitif lagi...

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...