Tuesday, May 19, 2009

Faris kini 5 bulan


Hari ni , usia faris dah masuk 5 bulan. Lima bulan yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan karenah. Kalau dulu di usia 3 bulan, Faris hanya pandai menghisap jari dan tersenyum, namun di usia 4 bulan Faris dah mampu menggapai objek-objek di sekitarnya, dan mampu tergelak riang bila di tegur. Dalam menuju usia 5 bulan ni, timbul pulak karenah-karenah yang baru



"1, 2, 3, 4, 5, ......"


gelak+semburan = gemburan


bersama bantal kesayangan



Dah nama pun BAYI, memang dia suka bermain, tapi yang tak tahannya dai selalu nak orang bermain dan melayan karenahnya. Kalau kita diam jer, mesti keluarlah bunyi-bunyi yang sampaikan orang sebelah rumah pun boleh dengar. Suaranya.......hadui...nyaring sungguh, kalau masuk AF mesti kena komen sebab 'pitching' tinggi sangat. Walaupun kita cakap slow-slow dengan dia, mau jugak dia keluarkan suaranya yang kuat tu.



























bersedia untuk mengeluarkan suara dengan 'pitching'nya yang tingggi...


Kalau bab main, tak payah cakap lah. Nak main jer.....Mata dah nak terpejam, badan dah penat, tapi jiwa masih bersemangat nak main, tu yang asyik ngamuk jer kalau nak tido. Susah betul kalau nak tido. Kesianya jugak aku kat umminya, petang penat-penat balik kerja kena melayan karenah dia pulak. Aku hanya mampu membantu semampu yang boleh, berusaha meringankan beban seorang wanita yang bergelar ibu.

Wajah ceria lepas mandi

Inilah kereta saya....



Wajah tension bila Abah nak tumpang kereta dia...."mana bleh tumpang"

Di usia 5 bulan ni, aku harap Faris akan sentiasa sihat, begitu juga kami berdua, agar kami dapat melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ibu dan bapa sebaik mungkin.





Album Faris di Usia 4 bulan ++




4 comments:

TINTA JAMIL said...

Kiutnya! Suka tengok wajah tensionnya.
Sesungguhnya anak merupakan kurnia Tuhan yang tidak ternilai harganya. Hidup lebih seronok, ceria dan bermakna di samping anak yang tercinta.
Tahniah, kerana mendapat anak yang pertama(Faris)!

ajai05 said...

trima kasih.sejak ada Faris, hidup lebih ceria...penat-penat pun tak terasa, walaupun mcm-mcm karenah
Anak adalah kurniaan dan tanggungjawab yang diberi oleh Tuhan...

Unknown said...

Anak mu sepupu ku jua...
hAhAhA...
Bila la nak tgk Faris depan mata ni..hUhU...Pok JA,yO rasa Faris akan mengikut jejak langkah yO bergiat dalam bidang seni...amacam?setuju x?

ajai05 said...

xkisah lah dia nak pilih apa, yg penting menjadi anak yg soleh, berjaya dan yg paling penting menjadi insan yg berguna....

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...