Wednesday, May 27, 2009

Perkembangan Anak - Kemampuan dan Kecenderungan Bermain Mengikut Usia (0-6 bulan)

Kepintaran anak bermain akan berkembang sesuai dengan usianya. Melakukan aktiviti bersama si manja mampu memberi ruang yang baik untuk perkembangan mental dan fizikalnya. Namun harus diingat setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza. Jadi jika bayi tidak bersedia untuk melakukan aktiviti itu, jangan risau. Cuba lakukan dalam beberapa minggu berikutnya.

Baru Lahir - Rasai Kelembutan
Perkembangan deria sentuh bayi mula meningkat. Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dengan menggunakan pancainderanya terutamanya deria sentuh. Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembut , bayi dapat merasainya.
*perkembangan kemahiran : Koordinasi tangan dan mata

Satu Bulan - Kayuhan
Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokan ketika bermain dengannya . Pegang kakinya dan buat gerakan seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu, anda boleh menyanyikan mengikut rentak kakinya.
* perkembangan kemahiran : Motor kasar

Dua Bulan - Bunyi
Bunyi yang bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan dan tangannya.
*perkembangan kemahiran : Pendengaran

Tiga Bulan – Gerakkan Objek
Antara 2 dan 4 bulan, bayi mampu menggerakkan tangannya. Dengan menggantungkan objek dengan tali seterusnya ia bergerak kesana sini, akan membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mulai boleh focus dengan objek yang digantung itu.
*perkembangan kemahiran : Koordinasi tangan, mata dan visual.

Empat Bulan - Pengenalan kepada buku
Duduk bersama si kecil dan pegang buku yang menyediakan ilustrasi yang menarik dengan warna yang terang. Pastikan terdapat gambar yang terang. Cara yang sama boleh digunakan kad imbasan. Sebutkan perkataan dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan itu.
*perkembangan kemahiran : Visual dan lisan

Lima Bulan - Tepuk amai-amai
Bayi anda naru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin dengan cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria. Tepuk tangan dan gerakan badan anda membuatkan bayi berasa selesa. Cara ini boleh sesuai dilakukan ketika bayi berada di atas katil.
*perkembangan kemahiran : Lisan

Enam Bulan – Album gambar
Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya. Masukkan sekali gambar pengasuh, jiran dan kawan anda. Cara ini membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah orang yang dia kenali.
*perkembangan kemahiran : Motor halus dan pengecaman.

Secara umumnya bayi baru lahir mampu melihat, mendengar serta berupaya mengenal bau ibunya. Antara tempoh usia enam bulan, bayi sudah pandai pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak mata bayi sudah mula mengikuti atau merenung sesuatu yang bergerak dan berwarna yang cerah. Serta turut menyukai barang-barang mainan yang mengeluarkan bunyi atau muzik sesuai untuk bayi ini.

Pergerakan badannya semakin baik, antaranya jika bayi dalam keadaan meniarap ia mungkin dapat mengangkat kepalanya sekali-sekala dan ada juga bayi pada usia ini akan cuba menggulingkan badannya. Dan perkembangan yang paling disukai oleh ibu bapa ialah bayi sudah pandai tersenyum !.

Dipetik daripada majalah Pa&Ma




Tuesday, May 19, 2009

Faris kini 5 bulan


Hari ni , usia faris dah masuk 5 bulan. Lima bulan yang dipenuhi dengan pelbagai ragam dan karenah. Kalau dulu di usia 3 bulan, Faris hanya pandai menghisap jari dan tersenyum, namun di usia 4 bulan Faris dah mampu menggapai objek-objek di sekitarnya, dan mampu tergelak riang bila di tegur. Dalam menuju usia 5 bulan ni, timbul pulak karenah-karenah yang baru



"1, 2, 3, 4, 5, ......"


gelak+semburan = gemburan


bersama bantal kesayangan



Dah nama pun BAYI, memang dia suka bermain, tapi yang tak tahannya dai selalu nak orang bermain dan melayan karenahnya. Kalau kita diam jer, mesti keluarlah bunyi-bunyi yang sampaikan orang sebelah rumah pun boleh dengar. Suaranya.......hadui...nyaring sungguh, kalau masuk AF mesti kena komen sebab 'pitching' tinggi sangat. Walaupun kita cakap slow-slow dengan dia, mau jugak dia keluarkan suaranya yang kuat tu.



























bersedia untuk mengeluarkan suara dengan 'pitching'nya yang tingggi...


Kalau bab main, tak payah cakap lah. Nak main jer.....Mata dah nak terpejam, badan dah penat, tapi jiwa masih bersemangat nak main, tu yang asyik ngamuk jer kalau nak tido. Susah betul kalau nak tido. Kesianya jugak aku kat umminya, petang penat-penat balik kerja kena melayan karenah dia pulak. Aku hanya mampu membantu semampu yang boleh, berusaha meringankan beban seorang wanita yang bergelar ibu.

Wajah ceria lepas mandi

Inilah kereta saya....



Wajah tension bila Abah nak tumpang kereta dia...."mana bleh tumpang"

Di usia 5 bulan ni, aku harap Faris akan sentiasa sihat, begitu juga kami berdua, agar kami dapat melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ibu dan bapa sebaik mungkin.





Album Faris di Usia 4 bulan ++




Tuesday, May 05, 2009

My 30th Birthday


Kejap jer masa berlalu, sedar tak sedar, usia dah makin meningkat. Usia makin bertambah, tanggungjawab pun makin bertambah. Hari ni genap umur aku masuk usia ke 30, macam baruuuuu je lepas umur 20.....tak sedar betul masa berlalu begitu pantas. Masa yang berlalu begitu pantas, atau mungkin aku yang terleka dibuai waktu ?

Kali ni aku sambut hari lahir bukan berseorang atau berdua, tapi bertiga. Kalau dulu, time bujang, birthday dan tak birthday saaaaama jer. Aku tak ambik pot pun, tak pernah pun aku sambut. Takder sapa peduli pun birthday aku, cuma mungkin ada la beberapa kenalan aku yang still ingat aku punya birthday,termasuklah anak-anak buah aku. Bila dah berdua, baruuuuuu aku merasa sambut birthday nih..hehehe. Sekarang dah bertiga pulak....


Tengah tunggu order kat KFC,ramai la pulak orang.

Malam ni aku tak pergi main badminton (biasa malam ni jadual main badminton), aku bawak wife dan Faris pergi KFC. Mula-mula nak makan kat sini, tapi....ramai la pulak orang malam ni. Pikir punya pikir, campur pulak Faris menunjukkan tanda-tanda bosan ( ngantuk la tu), aku tukar plan. Plan B ; Aku bawak balik makan kat umah je lah.....


Muka-muka bosan tunggu order...



Faris dah start tunjuk isyarat amaran - BOSAN


Sebelum pulang, sempat lagi ambik gambar tu.....


Wife aku beli kek untuk kali ini, kecik jer, cukup la untuk kami berdua, Faris mana bleh makan lagi. Kalu beli besar-besar pun, bukan habis aku nak makan sorang-sorang. Saiz bukan ukuran, yang penting niat dan keikhlasan tu....Faris pun excited skali, dia pulak lebih-lebih, macam dia pulak yang sambut birthday.

Faris dengan jelingan menggoda dengan niat "kalaulah aku bleh makan kek tu"

Tahap keriangan yang maksimum



Dalam meniti usia yang makin meningkat ni, aku sering kali terfikir, sejauh mana perjalanan hidup aku? , se-sempurna mana kehidupan ini ?, Sebesar mana amalan aku selama ini, dan sebesar mana dosa yang dah aku kumpul ? Usia dah bertambah, tanggungjawab bertambah, saiz keluarga pun dah bertambah......sekecil mana aku di sisi-Nya?


Abah dah 30, Faris baru 4 bulan



Gembira macam dia punya birthday lak


"Nak jugak, nak jugak"


Album My Birthday 2009






disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...