Sunday, April 19, 2009

Faris 3 Bulan ++

Menjelang 4 bulan


Hari ni genap usia Faris 4 bulan. Masa berlalu begitu pantas, kejap je usia dia dah sampai 4 bulan. Aku sibuk dengan kerjaya ku, umminya sibuk dengan karenah Faris yang semakin hari semakin tak menentu tahap keaktifannya. Mungkin leka dengan semua ini, menjadikan kami merasakan begitu pantas masa berlalu, terisi dengan ruang bersama keluarga kecil ini.

Ku gigit jari sepenuh hati



Dah nak masuk usia 4 bulan ni, karenah baru mula timbul, tapi karenah yang positif lah. Dia dah mula dapat mencapai dan memegang kain-kain yang berada di sekitarnya. Habis di tariknya, apa lagi....ke mulutlah sasarannya. Ini merupakan perkembangan psikomotor yang menunjukkan koordinasi dan kawalan tangannya semakin baik. Cuma perlu di perhatikan, bimbang kalau kain tertutup di muka.



Capai saja apa yang ada


Yang aku agak risau sikit adalah koordinasi badannya, tangan dia masih tak boleh kontrol kalau time nak tidur dan time bangun tidur. Mesti habis dicakarnya muka sendiri, dah beberapa kali telinganya luka kena cakar. Yang satu lagi, Faris still belum ada tanda-tanda nak meniarap, usahkan meniarap, mengiring pun belum. Patutnya di usia sebegini, dah start mengiring dah. Takpe lah, mungkin belum masanya....semua ni tk boleh paksa-paksa. Yang penting dia sihat.



Jom main.....




Apa apapun, aku harapkan yang terbaik untuknya. Perkembangan bayi ni penting, nampak simple, tapi sebenarnya sangat-sangat kritikal, perkembangan harus selaras dengan usia, dari psikomotor, pendengaran, penglihatan, mahupun perkembangan otak. Mungkin selepas ini aku nak berkongsi berkaitan isu perkembangan bayi ni. Satu isu yang aku rasa menarik....itupun kalau aku rajin lah...hehehe







4 comments:

shusupian said...

cepatnya masa berlalu..besar doh anok pokja..rajin2 la update cito terbaru psl faris deh..hehe...faris comel mcm ciksu...hehehe

ajai05 said...

tgk pulak sapa abah dia..ensem macam abah dia :)

Unknown said...

HAi...lama xdgr kaba...faris pun dah besar kan...rindu la bila semua berjauhan macam ni...

ajai05 said...

biasalah...dah hidup merantau mcm ni lah, yg penting raya balik kg....hehheheh

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...