Salam semua....dah lama aku tak m'blogging', asyik siiiiiibuk jer. Padahal kalau nak dikirakan, ada jugak masa terluang, tapi...mungkin takde idea dan isu yang nak dikongsikan
Hari ini hari sabtu, tak keja, tapi aku kena pi sekolah jugak. Ingatkan nak la berehat hujung minggu ni dgn famili, tapi apakan daya, ada pulak progarm sekolah.....takpe, program yang bermanafaat.
Hari ni, kitorang guru-guru PPSMI bersama guru-guru BI ada program Buddy-System, program utk perlaksanaan PPSMI. Kali ini pengisiannya adalah lebih kepada penyampaian Lesson Plan. Setiap orang dikehendaki menyediakan Lesson Plan yang lebih detail daripada biasa yang lebih mengutamakan struktur dan arahan untuk penyampaian PnP dalam bahasa inggeris yang mudah dan berkesan
Dan yang paling menarik, kitorang kena buat makro-teaching.....hahaha.teringat time aku kat maktab dulu-dulu. Masing-masing dengan presentationnya, yang lain apa lagi, buat kacau lah, berlakon jadi student. Kira happening la jugak aktiviti sebegini, tidak terlalu tensen, santai jer. Yang penting pengisian dan manafaat daripada aktivitinya.
Aku sedar, aku pun bukan terer sgt nak bertutur dalam BI ni, orang sabah cakap ber'gagar' jugak lah. Aku bukannya fasih sgt bertutur dalam BI ni, but i am learning. Komunikasi dalam BI ni ada 4 cabang, reading, writing, speaking and listening. Dalam 4 kategori ni aku boleh labelkan aku sebagai B utk reading, C utk writing, D utk speaking, A utk listening. So, kekuatan aku adalah pada listening but havaing problem on speaking.........byk lagi yang perlu aku pelajari.
Apa apapun, aku harap program sebegini dapat membantu aku meningkatkan kemahiran aku dan membantu aku utk menyampaikan PnP dengan berkesan kepada pelajar-pelajar. So, untuk rakan-rakan yang lain, belum terlambat utk kita belajar,ilmu itu adalah untuk sepanjang hayat....
No comments:
Post a Comment