Untuk makluman para pelajar yang ada memohon memasuki ke Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi gagal mendapat tawaran semasa pengambilan pertama dan ada membuat e-rayuan, keputusan permohonan mereka telah sedia ada.
Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 ambilan kedua telah pun mula dipos ke rumah pemohon yang berjaya. Difahamkan ada yang telah pun menerima surat yang tersebut semenjak 17 Februari 2011.
Semakan Keputusan e-Rayuan SBP Tingkatan 4
- Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 2011 boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat (SBP) Ambilan Kedua Tahun 2011.
- Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau Nombor Kad Pengenalan.
- Portal semakan ambilan kedua ini akan dibuka sehingga 7 Mac 2011.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 4 SBP ambilan kedua ini.
No comments:
Post a Comment