Semakan Ambilan Kedua Tingkatan 1 SBP 2011
Para pelajar UPSR tahun 2010 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada akhir Disember dahulu sudah boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.
Semakan Panggilan Kedua SBP
- Keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 1 2011 boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh.
- Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
- Pastikan maklumat angka giliran sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP ambilan kedua ini.
No comments:
Post a Comment