Wednesday, December 22, 2010

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1
1. Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.

2. Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2011 Ambilan Pertama .


e-Rayuan
1. Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.

2. Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.

3. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Surat Tawaran
- Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.


Pendaftaran Pelajar Baru
- Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.


Maklumat
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

No comments:

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...