Wednesday, December 08, 2010

Anniversary 2010

Tiga tahun penuh dengan suka-duka, ceria-tawa, dan pelbagai dugaan dan cabaran. Begitu pantas masa berlalu, dan begitu jugalah pantasnya aku berlalu meninggalkan waktu. Dalam meniti hari-hari yang berlalu, 3 tahun ku rasakan begitu pantas. Sepantas juga usia ku bertambah dalam masa aku bergelar seorang suami dan ketua keluarga kecil ini.


Untuk anniversary kali ni, aku sambut kat Pizza Kota Bharu. Sambut ala kadar jer, takde la sampai dinner kat hotel. Cukup sekadar untuk sambutan sebagai tanda ingatan sebuah ikatan yang dimeterai 3 tahun yang lalu.

Sekarang berTiga....next time InsyaAllah berEmpat

my two beloved person in my life

Apa hadiah untuk anniversary kali ni? Hehe....takde apa-apa istimewa pun untuk kali ini. Sebab bajet takde, so hadiah pun kecil-kecilan jer lah. Untuk beloved wife, aku hadiahkan sepasang sut jaket Adidas. Dah lama sangat dia duk pakai 'sweater' yang lama tu, kecian jugak aku. Lagipun aku belum pernah hadiahkan jaket/sweater untuknya. So, aku bagi present kali ni jaket Adidas ni, lagipun dia sedang pregnant, so sesuai sangat ler tu.


bergaya dengan jaket adidas baru, present tu.....

our dinner, pizza ( hawaian tuna+hawaian chicken), garlic bread, mushroom sup.


Buat kali ni, aku bawak anak buah sekali untuk celebrate, Nini atau nama FB nya Riniey Niniey, takder kerja, tengah tunggu result PMR, masih amatur dalam dunia blognya szrini95.blogspot.com. Tak ketinggalan juga akak aku yang no 4, atau lebih dikenali oleh anak buah dengan panggilan Mak Ngah.

Nini ....... ngap !!!!

Mak Ngah & Faris

Habis......hampir licin

Habis aktiviti dinner, tiba-tiba muncul plak idea nak piknik, bakar-bakar ikan. Best jugak ni, maka dengan tanpa rancangan teliti, esoknya kami ke Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Aku pun dah lama tak pegi sana, mau dekat sepuluh tahun rasanya. Lama bebenor.
Maka terjadilah, piknik tergempar, heheheh.


Piknik kat Pantai Sri Tujoh

makan time

santai petang-petang

bakar ikan+lokan


Idea piknik kecil-kecilan ni sebenarnya idea akak aku, aku menyokong jer.


So, untuk anniversary kali ni , aku dah ada 2 aktiviti dan pengisian. Best jugak, walaupun kecil-kecilan yang penting enjoy dan bermakna.


Ulangtahun perkahwinan ni amat bermakna, membawa seribu erti. Namun, apa-apa pun yang dilaksanakan yang penting adalah niat dan penghayatannya. Pada aku mengenang ulangtahun perkahwinan bermakna kita boleh mengingatkan diri tentang usia perkahwinan. Dan masa ini jugalah kita boleh memuhasabah diri tentang sejauh mana kebahagiaan rumahtangga, sebesar mana badai yang dah dilalui, sehebat mana dugaan yang telah ditempuhi, dan sehebat dan sebenar mana badai gelora yang bakal ditempuhi untuk hari-hari mendatang.


Perkahwinan, bererti perkongsian hidup. Ulangtahun perkahwinan bermakna seutuh mana perkahwinan kita. Aku harap, kami sekeluarga akan terus bahagia dan terus diberkati olehnya. Moga Tuhan akan mengutuhkan lagi ikatan ini dengan seribu kebahagian dalam meniti hari mendatang. Moga kami sekeluarga menjadi keluarga yang beramal dan bertaqwa kepadaNya yang sentiasa merahmati dan memberkati kami. Amin

4 comments:

me..myself..my family said...

peija,happy 3rd anniversary..semoga bkekalan dn ceria selalu..wife prgnant ko?brp bln dh?

ajai05 said...

5 bulan, insyaAllah due awal bulan 4

me..myself..my family said...

tahniah lah yee..bile nk jupe dgn set2 ni?lame dh xjupe

ordinary89art said...

happy family!!tahniahh



lawati - sedih dan pilu

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...