Monday, April 11, 2011

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011 : UPU IPTA, PILN, KPLSPM, Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6 2011

Keputusan Permohonan UPU IPTA, PILN, KPLSPM, Matrikulasi, Politeknik, Tingkatan 6 2011

Senarai tarikh semakan temuduga, tarikh keputusan permohonan dan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Matrikulasi, UPU, USM, KPLSPM, Politeknik, PILN JPA/MARA dan Tingkatan 6 untuk tahun 2011. Diharap senarai tarikh semakan keputusan permohonan ini dapat membantu para pemohon.

UPU – Lepasan SPM

Tarikh

Rujukan

Semakan Temuduga (jika ada)

11 April 2011

UTM, UiTM, UPSI, UPNM

Temuduga

14 – 18 April 2011

Keputusan Permohonan

Mei 2011

upu.mohe.gov.my

Penerimaan Tawaran

Mei 2011

IPTA

Pendaftaran Pelajar Baru

1 Jun 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan

Tarikh

Rujukan

Semakan Temuduga

22- 24 April 2011

UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM

Temuduga

25 April – 5 Mei 2011

Keputusan Permohonan

Jun 2011

upu.mohe.gov.my

Pendaftaran Pelajar Baru

3 & 4 September 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Pendidikan

Tarikh

Rujukan

Semakan Ujian MEdSI

22 April 2011

mpm.edu.my

Ujian MEdSI

30 April 2011

Semakan Temuduga

13 Mei 2011

upu.mohe.gov.my

Temuduga

18 – 25 Mei 2011

Keputusan Permohonan

Jun 2011

Pendaftaran Pelajar Baru

3 & 4 September 2011

USM

Tarikh

Rujukan

Semakan Ujian MUnSyI

24 Mac 2011

pohon.usm.my

Ujian MUnSyI

9 April 2011

Semakan Temuduga

20 April 2011

Temuduga

23 – 29 April 2011

Keputusan Permohonan

Mei 2011

Pendaftaran Pelajar Baru

3 & 4 September 2011

MATRIKULASI

Tarikh

Rujukan

Keputusan Permohonan

28 April 2011

moe.gov.my

Pendaftaran Pelajar Baru

23 Mei 2011

Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua

Mei 2011

Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua)

Jun 2011

KPLSPM

Tarikh

Rujukan

Semakan Temuduga

12 April 2011

moe.gov.my

Temuduga & Ujian Insak

18 – 29 April 2011

Semakan Temuduga(Ambilan Khas)

25 April 2011

Temuduga & Ujian Insak

2- 5 Mei 2011

Keputusan Permohonan

21 Mei 2011

Pendaftaran Pelajar Baru

20 Jun 2011

POLITEKNIK

Tarikh

Rujukan

Semakan Panggilan Temuduga

8 & 13 April 2011

politeknik.edu.my

Temuduga

11 – 25 April 2011

Ujian Bertulis

17 – 25 April 2011

Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga)

22 Mei 2011

Keputusan Permohonan (Bertemuduga)

30 Mei 2011

Pendaftaran Pelajar Baru

3 Julai 2011

PILN JPA

Tarikh

Rujukan

Semakan Temuduga

8 – 16 April 2011

esilav2.jpa.gov.my

Temuduga

12 – 15 April 2011

Keputusan Temuduga

Mei 2011

Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor

10 – 12 Mei 2011

Keputusan Rayuan

Jun 2011

Pendaftaran Pelajar Baru

Jun/Julai/Ogos 2011

PILN MARA

Tarikh

Rujukan

Semakan Temuduga

14 April 2011

mara.gov.my

TINGKATAN 6

Tarikh

Rujukan

Semakan Tawaran ke Tingkatan 6

9 Mei 2011

moe.gov.my

Pendaftaran Pelajar Baru

Mei 2011

Permohonan Pertukaran Jurusan

Mei 2011

Pengetua Sekolah

Tarikh Tutup Rayuan

Jun 2011

Pengetua Sekolah

Nota

Maklumat di atas adalah berdasarkan makluman di beberapa laman web yang berkenaan. Jika anda mempunyai maklumat terkini harap dapat maklumkan, terima kasih

Sunday, April 10, 2011

Permohonan Biasiswa Persekutuan 2011


Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan.

Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kelayakan Biasiswa Persekutuan

Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
  • Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kadar Biasiswa

  • Tingkatan 1 hingga 5 – RM 70 sebulan
  • Tingkatan 6 Sastera – RM 90 sebulan
  • Tingkatan 6 Sains – RM 110 sebulan

Permohonan

  • Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak.
  • Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
  • Pemprosesan permohonan adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru yang berkenaan di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui samada nama mereka tersenarai dalam permohonan.

Tempoh Proses Permohonan

Pihak sekolah perlu membuat permohonan mengikut tempoh masa yang ditetapkan berikut;

Zon

Negeri

Tarikh

Zon 1

Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan

3 – 9 April

Zon 2

Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, SBP

10 – 16 April

Zon 3

Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Perlis

17 – 23 April

Maklumat

  • Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekolah masing-masing.
Pertanyaan boleh juga diajukan kepada pegawai yang berkenaan di JPN seperti yang tersenarai di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan.

Saturday, April 09, 2011

Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA PILN 2011

Lepasan SPM 2010 yang ada memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai hari ini.

Semakan Temuduga JPA PILN

  • Semakan boleh dibuat mulai 8 sehingga 16 April 2011
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa memohon dahulu.
  • Sila ke laman web JPA di portal Semakan Panggilan Temuduga PILN JPA untuk membuat semakan.

Tarikh Temuduga

Temuduga PILN JPA ini dijangka akan dijalankan di beberapa pusat mulai 12 sehingga 15 April 2011.

Peringatan

Mereka yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

  • Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan.
  • Membawa dokumen/sijil asal seperti berikut:

    • Kad Pengenalan;
    • Slip keputusan SPM 2010;
    • Surat Beranak Calon;
    • Surat Beranak Ibu/Bapa/Penjaga;
    • Sijil-sijil berhenti sekolah;
    • Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa/Penjaga;
    • Kad Pesara /Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;
    • Sijil kegiatan kokurikulum bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja;
    • Sijil Bahasa Asing (sekiranya ada);
  • Membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
    • Kad Pengenalan;
    • Surat Beranak Calon;
    • Surat Beranak Ibu/Bapa/Penjaga;
    • Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa/Penjaga.
  • Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web esilav2.jpa.gov.my.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my

Temuduga PILN MARA

Semakan panggilan temuduga bagi permohonan biasiswa MARA PILN 2011 dijangka akan boleh dibuat mulai 14 April 2011.



Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC, SMA, SMU

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Khas 2011 Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka mulai 4 April 2011 yang lalu.

Para lepasan SPM lulusan UEC, SMA dan SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon memasuki Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan untuk mengikuti program yang tawarkan.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan adalah dua yang berikut:.

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

2. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah


Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Syarat Khas

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Cina Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu Komunikasi
    • Sejarah
    • Pendidikan Moral

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3 Jayyid di peringkat SMA atau SMU
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam 3 mata pelajaran berikut:
    • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah
    • Sejarah
    • Pendidikan Syariah Islamiah

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Khas Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC & SMA/SMU.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan 3 kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

Tarikh

Aktiviti

3 April 2011

Permohonan Dibuka

13 April 2011

Permohonan Ditutup

25 April 2011

Semakan Temuduga

2 – 5 Mei 2011

Temuduga

21 Mei 2011

Semakan Tawaran

20 Jun 2011

Pendaftaran

Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Khas 2011 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) akan ditutup pada 13 April 2011.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Khas 2011 Lulusan UEC dan SMA/SMU untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan 2011 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...