Thursday, September 30, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Tahun 2011



Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 sekolah kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iaitu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini terdapat 39 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Agama
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2011

1. Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.
Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010.

Maklumat

1. Sila kunjungi
Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.

2. Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
3. Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.

4. Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel
kpkpm@moe.gov.my

5. Anda boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.

Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP

Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :

1. Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?
Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.

2. Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?
Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.moe.gov.my/

3. Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?
Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.

4. Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?
Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.

5. Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?
Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.




Wednesday, September 29, 2010

SMS FREE dari PC anda


Daftarlah segera jika ingin jimat kredit.

Hantar ke semua rangkaian telefon secara PERCUMA setelah berdaftar. Siapa yang tak mahu something FREE kan? Jadi anda sekarang boleh menghantar SMS secara percuma kepada semua kenalan anda, jadi apa tunggu lagi.......DAFTAR sekarang.

All operator should work, maxis, celcom, digi, umobi...le, xoxo and even MNP phone. If it is not working report to support@mostsms.com

  1. REGISTER FREE SINI ( Sign up with valid mobile)reg dgn hp yang aktif

  2. Selepas Register.. Pin akan di sms ke hp anda . SMS pin will send to your mobile

  3. Daftar masuk dan tukar no pin anda dan mulakan sms

  4. Login to change your pin and begin SMS

  5. Hanya 30 sms dibenarkan setiap hari

If you have any problem, pls email support@mostsms.com.


Note: Our system will suspend user who abuse our system




Saturday, September 25, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 Tahun 2011


Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran SBP

1. Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.

2. Kementerian Pelajaran menyediakan 55 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

1. Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan

2. Aliran Sains Tulen Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

3.Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

4. Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan

Permohonan SBP Tingkatan 4 2011

1. Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Tarikh Tutup

1. Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.

2. Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2011 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2011.

Maklumat

1. Sila kunjungi
Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.

2. Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.

3. Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
4. Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my



Friday, September 24, 2010

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4, 2011 Semenanjung Malaysia


Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2010 warganegara Malaysia yang akan menduduki PMR 2010 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2011.


MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.

2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Pemilihan

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.

2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.

2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:

Permohonan Ke Tingkatan 4,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.


Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup

1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.

2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.

3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.

4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.


Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.

  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 2010 Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan lebih maklumat.

  3. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.

  4. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;


Wednesday, September 08, 2010

Lebaran Ini


Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya,
Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Sebuah lagu nasyid yang sangat popular dan dinyanyikan oleh beberapa artis seperti Nowseeheart, Raihan, Rem, Ajai dan lain-lain lagi. Lagu ini bertajuk Lebaran Ini, namun sebenarnya lagu ini merupakan versi kedua atau boleh dikatakan dinyanyikan semula dengan nafas baru dan lebih segar. Lagu ini sebenarnya dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Anugerah, dan tajuk asal lagu ini adalah Lebaran Yang Datang. Versi asal lagu ini dirakam sekitar tahun 1994-1996 dibawah OVA Production (kini dah takde) dan kalau tak silap aku ahli Kumpulan Nowseeheart ada yang berasal dari kumpulan Anugerah ini. Siapa nak dengan lagu asal boleh la Download Kat Sini. Pada pendapat aku versi asal lagu ini jugak menarik dan lebih klasik.

Di kesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan yang mengenali aku, di dunia nyata atau di dunia cyber ini. Maaf Zahir dan Batin untuk rakan-rakan se-sekolah, rakan-rakan se-universiti, rakan-rakan se-maktab, rakan-rakan se-kampung, rakan-rakan blogger, rakan-rakan FB, rakan se-kerja, rakan-rakan se-perjuangan dan segala jenis rakan. Moga lebaran ini mengeratkan lagi persaudaraan kita.




disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...