Dah la memberi ciuman dengan selamba, dengan selamba juga dia menghilangkan diri, dah la meninggalkan kesan ciuman, pergi meninggalkan ku pulak, sungguh tidak bertanggunjawab betul. Aku dengan hati yang panas, mengejar dan mencari Wira itu, namun ia hilang dalan kesesakan bandar Keningau yang kecil ini. Aku?...meratap jer lah.
Mau xmahu, terpaksa la aku tanggung sendiri semua perbelanjaan Livina ku masuk spital. Mau 4, 5 ratus habis ni. Doktor kata dalam 5 ratus gak ni, sebab ada calar dan kena cat bumber tu. Dah 2 hari masuk spital, maybe besok baru bleh kuar hospital, dan besok la jugak duitku bakal melayang.
Apa-apapun aku bersyukur kerana tak la teruk sangat apa yang berlaku, aku pun takde la mengalami sebarang kecederaan fizikal, cuma cedera dalaman je lah. Sakit hati wooo...Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya, hanya DIA yang maha mengetahui, apa-apapun aku bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA