Friday, July 31, 2009

Faris di usia Setengah Tahun

Salam untuk semua.....dah lama aku tak buat entry kat blog ni. Aku rasa dah dekat sebulan aku tak update blog aku ni. Sibuk memanjang. Mana tak nya,biasanya aku update blog ni tiem ujung-ujung minggu, time rehat-rehat kat umah. Tapi masalahnya, lepas cuti bulan 5/6 hari tu, tiap-tiap hari sabtu ada program kat sekolah,dengan sekolah gantinya, dan macam macam program lah, menjadikan cuti hujung minggu hanya satu hari, dah sebulan lebih macam ni. Minggu ni je aku dan wife boleh spend time bersama,sabtu minggu ni xde program. Alhamdulillah...dapat lah aku update blog aku yang dah lama terbengkalai ni. Selama sebulan ini jugalah aku tak menampal gambar-gambar terkini Faris, hinggakan family kat kampung pun dah tertanya-tanya bila nak dapat tengok gambar Faris dan berita terkini tentang perkembangan Faris....Sorry banyak-banyak.

Faris yang murah dengan senyuman

Faris dengan bola-bola api....

First sekali aku nak cerita bila Faris start masuk 6 bulan tempoh hari. Dah masuk 6 bulan, kenalah pi klinik, kena cucuk lagi. Kali ni Faris kena dua suntikan, satu untuk campak dan satu untuk kancing gigi. Nurse kata maybe seminggu lepas tu Faris akan demam, tapi Alhamdulillah, Faris tak demam pun. Dan yang paling aku hairan Faris ni cukup kebal dengan suntikan. Tiap kali kena cucuk, tak nangis pun, siap boleh jeling-jeling dan tenung kat nurse, adusss...macam mau mengorat nurse je gayanya. Tapi kali ni dia tewas jugak, tapi sikit je, sebab kena cucuk kat bahu, keluar jugak suara sekali....and then....senyum balik. Tak sampai setengah minit pun.

Suka betul gigit jari sebatang nih

Bersedia untuk aksi golek-golek

Dah start masuk 6 bulan ni jugak, kemahiran meniarapnya mula ketara. Pantang lepas dari pandangan.Piap.....terus meniarap. Tapi di peringkat awal ni belum expert lagi, meniarap 2 minit, pastu menangis, penat la tu.

Peringat awal sebelum aksi-aksi meniarap

Kegembiraan ketika aksi-aksi golek-gelentang

Bila dah expert...kejap-kejap dia meniarap, kejap-kejap guling, kejap-kejap pusing 360 darjah. Tak pernah duk diam. Kali ni aku letak sikit jer gambar dulu. Sebab lepas ni aku nak letak baaaaaanyak lagi gambar. Dah sebulan lebih tak letak gambar, kena pilih-pilih dulu, sebab terlalu banyak gambar. OK, nanti aku letak gambar aksi-aksi menarik Faris sepanjang umur 6 bulan ni.

Tertidur keletihan selepas penat beraksi




Dengan kereta baru

Album Faris sepanjang usia 6 bulan





1 comment:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...