Thursday, January 15, 2009

Olahraga SMSFX ke 48 - Suburkan semangat kesukanan





Tanggal 13 dan 14 januari 2009, akhirnya acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SMSFX menjelma. Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 48 SMSFX berlangsung di Kompleks Sukan Keningau selama 2 hari, dan berlangsung cukup meriah.

Pelajar-pelajar berjuang dalam acara-acara yang dipilih oleh mereka sendiri, tapi ada juga yang terpaksa. Bukan apa, kena paksa olah guru penasihat Rumah Sukan. Bukan saja-saja paksa sebenarnya, ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada pelajar untuk cuba menengahkan bakat yang mungkin terpendam selama ini. Mungkin juga untuk memberi peluang kepada mereka untuk turut sama melibatkan diri dalam program yang sihat sebegini. Disamping itu, dapatlah jugak memeriahkan lagi kejohanan ini, walaupun tak menang, yang penting semangat juang.....

Seperti biasa, semangat kesukanan ditunjukkan oleh setiap pelajar, yang mengambil acara mahupun yang tukang sorak. Tak menang pun tak apa, yang penting semangat juang dan semangat ingin mencuba. Ini aku dapat lihat dalam sesetengah acara, ada kejutan yang berlaku. Bukan AF je ada kejutan, olahraga pun ada kejutan. Ada peserta yang dah jadi ’feberet’ bagi sesuatu acara tapi kecundang, pingat pun tak dapat, walhal pernah mewakili sekolah sampai ke peringkat negeri. Ada juga yang baru first-timer, kira baru nak cuba, sama ada sukarela atau paksarela, tapi hasilnya........pingat emas, siap kalahkan juara bertahan lagi.

Perkara sebegini yang harus pelajar lihat secara mendalam. Ramai dikalangan pelajar yang sebenarnya berpotensi, tetapi tidak berjaya menggunakan potensi sebaik mungkin. Mungkin mereka segan, tak kurang juga yang tiada keyakinan diri. Ini lah sebahagian peranan daripada peranan guru, mengesan dan memberi peluang kepada setiap pelajar dalam mengenengahkan bakat dan potensi yang ada. Tapi ini semua mustahil berlaku andai kata pelajar itu sendiri yang tidak bermotivasi dan segan dalam segala aspek. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya......

Kejohanan olahraga ini berlangsung dengan meriah, dan akhirnya melabuhkan tirainya pada petang 14 januari. Rumah Hijau dinobatkan sebagai Juara keseluruhan dengan 29 pingat emas dan Rumah Biru sebagai Naib Juara dengan 28 pingat emas. Kemenangan yang tipis, hampir sahaja Rumah Biru mengalahkan Rumah Hijau. Sebenarnya aku adalah salah seorang guru penasihat Rumah Biru merangkap jurulatih dan bertanggungjawab dalam pemilihan atlit, kira kecewalah jugak sebab hampir-hampir menjadi juara kalau bukan disebabkan oleh pembatalan kemenangan kaurtet 4x400 kami, sayang sungguh.....

Guru-guru pun ada acara khas sebagai acara penutup kali ini, acara 8x50m yang melibatkan 4 guru lelaki dan 4 guru perempuan dari setiap rumah sukan. Punya lah meriah, bersorak sakan pelajar-pelajar menyaksikan kehebatan guru menunjukkan bakat dalam sukan....hebat ke? Bukan apa, ingin berkongsi kemeriahan bersama pelajar-pelajar.

Apa-apa pun, menang dan kalah adalah adat pertandingan. Yang menang cabarannya adalah untuk mengekalkan kejuaraan, dan yang kalah cabaranya adalah untuk berusaha untuk mencapai kejuaraan. Kalah-menang adalah perkara kedua, yang penting adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan disamping, semangat juang dan yakin diri serta kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara secara bersama. Di harapkan juga kehebatan atlit-atlit ini bukan sekadar di gelanggang sendiri, seharusnya turut sama hebat di peringkat yang lebih tinggi, di peringkat daerah dan di peringkat gabungan mahupun di peringkat negeri. Jangan sekadar menjadi Jaguh Kampung, hanya hebat di laman sendiri.......

2 comments:

Anonymous said...

Macamana nak bermotivasi kalo takde jurulatih yang memiliki kemahiran, dedikasi dan komitmen...asyik2 dekat sukan sekolah baru kelam kabut nak cari atlet rumah sukan...seolah2 dalam masa seminggu boleh melahirkan atlet yang mampu berlari, melontar ataupun melompat...

Anonymous said...

Macamana nak bermotivasi kalo takde jurulatih yang memiliki kemahiran, dedikasi dan komitmen...asyik2 dekat sukan sekolah baru kelam kabut nak cari atlet rumah sukan...seolah2 dalam masa seminggu boleh melahirkan atlet yang mampu berlari, melontar ataupun melompat...

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...