5, 6 dan 8 Disember 2007
Detik permulaan hidup yang baru. Kami di ijab-kabul sebagai suami isteri yang bakal menempuh dunia yang baru.
5 Mei 2008
Bersempena tarikh lahir ku pada tahun ini, kami di serikan dengan berita bahawa kami bakal menjadi abah dan ummi tidak lama lagi.....isteriku di sahkan hamil 3 @ 4 minggu
24 Mei 2008
Kami pulang ke kampung halaman. Kesempatan ini kami mengadakan majlis kesyukuran dan sembahyang hajat agar segala berjalan lancar, insyaAllah.
Julai 2008
Berita yang tidak baik kami terima, kandungan di ramal berada pada posisi yang kurang elok dan berisiko, Plasenta Preavia, atau dengan nama lain adalah uri berada dibawah, tahap risikonya masih belum di sahkan. Tarikh jangkaan bersalin adalah pada 30 Disember 2008.
29 Oktober 2008
Isteriku di mengadu kesakitan yang amat sangat pada pinggang, kesakitan yang luar biasa. Akhirnya isteriku terpaksa di kejarkan ke Wad Kecemasan di Hospital Keningau. Akhirnya isteriku terpaksa ditahan di Wad Obstetrics.
Hasil ujian dan pemeriksaan doktor, isteriku disahkan mengalami masalah pada buah pinggang,Unspecified Renal Colic. Isteriku tidak dapat bangun mahupun berdiri, makan pun terpaksa bersuap sambil tidur. Nak ke tandas pun susah, kiri kanan tangan lebam,cucuk tang sana, cucuk tang sini. wayar kat lengan tak pernah lepas. Lebih 15 tiub air dimasukkan sepanjang 3 hari dihospital ini. Tuhan saja yang tahu betapa siksanya dia waktu itu,berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
1 November 2008
Selepas 3 hari di Hospital Keningau, akhirnya isteriku dibenarkan pulang. Alhamdulillah, selepas 3 hari aku bersamanya di hospital, kesihatannya bertambah baik.
6 November 2008
Sekali lagi isteriku mengalami simptom sakit pinggang yang sama tempoh hari. Atas nasihat doktor tempoh hari, kami terus bergegas ke Dewan Bersalin dan akhirnya terus dimasukkan ke Wad Obstetrik Hospital Keningau.
Kali ini doktor mengesahkan isteriku mengalami masalah buah pinggang yang dinamakan Bilateral Hydronephrosis. Atau dengan kata lain, mengalami bengkak buah pinggang,dan kekeringan buah pinggang.
Berita yang lebih merisaukan kami adalah, doktor telah mengesahkan kandungan kami berada pada kedudukan yang berisiko. Plasenta Previa Type 3, atau singkatannya PP Type 3. (Maklumat lanjut lawati http://www.mayoclinic.com/)
8 November 2008
Atas permintaan kami dan dengan rundingan dengan doktor, kami dibenarkan keluar daripada Hospital Keningau untuk kami segera pulang ke kampung.
9 November 2008
Kami dengan segera bertolak pulang, walaupun hari persekolahan masih belum berakhir. Dengan izin pihak pentadbir sekolah, kami bertolak pulang.
20 November 2008
Kami menerima surat rujukan daripada Klinik Desa mengarahkan kami merujuk kepada Pakar di Klinik Obstektrik & Ginekologi di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.
23 November 2008
Kami berjumpa dengan pakar, dan Doktor mengarahkan isteriku agar terus dimasukkan ke Wad pada hari ini juga. Doktor bertindak demikian adalah kerana keadaan kandungan yang berisiko ( PP Type 3) yang mungkin membayahakan kandungan dan juga ibu yang mengandung, apatah lagi isteriku juga mengalami sedikit anemia (mild anemia). Alangkah terkejutnya kami.....hari ni jugak? Selepas berunding dengan doktor, akhirnya doktor mengarahkan isteriku mendaftar di Wad Bersalin besok hari. Haduuuuhhh...
24 November 2008
Hari Pertama di Wad, selepas beberapa jam menunggu untuk mendaftar kat Wad Bersalin, akhirnya isteriku didaftarkan ke Wad 24 (Kelas 3) buat sementara. Punyalah penuh wad tu, tensen isteri aku. Dah lah penuh.....panas.
25 November 2008
Hari Ke-2 berada di Hopital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Isteri ku di tukarkan ke Wad 12 ( Wad Kelas 2). Kat sini OK lah sikit, ada air-cond, tak la panas macam semalam.
5 Disember 2008
Hari ini merupakan UlangTahun Perkahwinan Kami yang Pertama. Kami sambut kat hospital jer lah nampaknya. Sekadar tanda kesyukuran dan mengingati tarikh titik perubahan hidup kami.
Hari ni juga hari ke-12 kami berkampung kat hospital ni, punyalah bosan duk sini. Isteri aku dah tensen2 dah....maklumlah boring. Kami juga diberitahu oleh nurse bahawa kami akan berkampung disini sehingga bayi dilahirkan.
7 Disember 2008
Hari ke 14 kami di hospital ni, dah dua minggu rupanya. Selepas berbincang dan merayu dengan doktor kami dibenarkan pulang untuk beraya esok hari. Alangkah gembiranya kami, tapi kami diberi syarat untuk mendaftar masuk balik ke wad pada hari raya kedua 9 Nov. OK lah, sekurang-kurangnya boleh balik beraya.
8 Disember 2008
Hari Raya Aidil Adha yang singkat...........
9 Disember 2008
Kami mendaftar kembali ke Wad 12......mmmmm...Kami juga diberitahu bahawa tarikh pembedahan adalah 15 Disember 2008
15 Disember 2008
Pembedahan yang sepatutnya dijalankan hari ni terpaksa di tunda dan ditukarkan ke 18 Disember, atas sebab terdapat kes kecemasan. Maknanya kami terpaksa menunggu lagi....ni dah masuk hari ke-22 kami di hospital......sabar....
Hari juga ayah ku di masukkan ke wad untuk menjalankan pembedahan kecil, ayah ku mengalami masalah hernia kalau tak silap aku dalam bahasa sains nya.......Maka, berkampunglah aku sekeluarga kat hospital ni. Ayah dijadualkan untuk dibedah pada 17 Disember.
17 Disember 2008
Hari ni kami sekeluarga terus berkampung di hospital, ayah ku selamat dibedah, semuanya berjalan lancar. Kalau tiada masalah, besok dia akan dibenarkan pulang.
18 Disember 2008
Hari ni adalah hari ke-25 kami di hospital, dan usia kandungan sekarang adalah 38 minggu bersamaan 9 bulan. Pembedahan terpaksa dilakukan tanpa menunggu 40 minggu memandangkan risiko kandungan. Dan hari ni juga satu sejarah akan terjadi.....Seawal pagi, isteriku bersiap-siap untuk menuju Dewan Bedah Zamrud....Aku berdoa.....Jam 10.45, isteri ku ditolak masuk ke wad dengan diiringi aku, ibunya, kakakku dan juga sejuta doa....
Jam 12.15, isteriku dibawa keluar daripada Dewan Bedah....maka bermulalah lembaran perjalanan hidup kami sebagai abah-ummi.
Fakta Kelahiran:
Tarikh: 18 Disember 2008
Tempat : Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Masa : 11.18 pagi
Berat : 3.0 kg
Ukuran panjang : 48 cm
Ukuran lilit kepala : 34 cm
21 Disember 2008
Hari ini hari ke 28 kami di hospital dan merupakan hari terakhir kami di sini. Hari ini kami dibenarkan pulang setelah sebulan berkampung di hospital. Sampaikan nurse dan pak guard pun dah kenal aku...heheheh
24 Disember 2008
Hari ni kami mengadakan majlis kesyukuran dan mencukur jambul sempena 7 hari kelahiran bayiku. Hari ni juga kami mengisytiharkan nama bayi kami......selamat datang Muhammad Faris Syamil ( Faris = yang alim, Syamil = lengkap/menyeluruh)
1 Januari 2009
Hari ni adalah hari yang berat buat aku, aku terpaksa bertolak ke Sabah dan meninggalkan isteri dan Muhammad Faris Syamil buat sementara. Selepas 14 hari bersama, aku terpaksa gagahkan juga semangat untuk meneruskan langkah ini.......Dan malam ini.....buat kali pertama aku keseorangan bermalam di Keningau......jauh dari kedua isteri dan anakku.......Semoga Tuhan sentiasa bersama kami.....Tuhan, kau jaga lah aku dan kau jagalah mereka, Tuhan, kau selamatkanlah aku dan kau selamatkanlah mereka daripada bahaya.....dan kau lindungilah kami semua......walaupun kami berjauhan....
Selamat Tahun Baru untuk semua....semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.....InsyaAllah