Pejam celik- pejam celik, cepat betul masa berlalu. Masa tak pernah berlalu, tetapi kita manusia yang sering melupakan dan meninggalkan waktu dengan mengisinya dengan pengisian masing-masing. Dulu aku sering berkata yang masa yang berlalu dan meninggalkan kita, tapi sebenarnya itu satu tanggapan yang silap. Masa yang berdetik senantiasa bergerak dengan detik yang tetap, tidaak pernah laju atau tidak pernah lambat. Sebenarnya kita yang sering terlupa, membiarkan masa itu berdetik sendirian, tanpa ditemani dengan amal dan ibadah, apatah lagi dengan aktiviti yang berfaedah.
Masa....satu frasa yang cukup popular dan diketahui ramai, tapi ramai yang hanya pandai menyebutnya dimulut. Bukan hendak mengata sesiapa, tetapi mengingatkan diri aku sendiri dan berkongsi dengan yang lain. Ramai mana dikalangan kita yang benar-benar faham tentang bezanya waktu dan masa. Serupa tapi belum tentu sama maksudnya. Masa dan waktu membawa maksud yang sama bergantung pada penghayatan masing-masing. Ramai dikalangan kita tidak pernah atau mungkin pernah tidak menghargai waktu. Kita sering lupa, sering lalai. Seringkali kita berhadapan dengan masalah atau perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Hanya dikala ini kita benar-benar menghargai setiap detik yang berlalu. Satu minggu dirasakan bagai sehari, sehari bagai satu jam, sejam bagi sminit, seminit bagi sesaat. Tapi bila terleka, kita terus terleka dan terus terleka.
Pernahkah anda mendengar frasa yang berbunyi "menepati waktu"? Setiap kita kadang kala cuba untuk menepati waktu, tapi sering kali terlewat. Apatah lagi kalau yang memang berhajat untuk melengahkan waktu. KITA SILAP!!!. Untuk menepati waktu, kita haruslah "mendahului waktu". Aku pernah mendengar dan memperolehi frasa ini daripada orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan, katanya " kalau kita hendak menepati waktu, kita harus mendahului waktu. Kalau kita menepati waktu, bermakna kita telah terlewat". mungkin benar, mungkin silap pendapat ini. Tetapi tujuannya tetap sama, mngajarkita mrnghargai masa dan cuba menepati masa. Wallahuaklam....

No comments:
Post a Comment