Saturday, June 26, 2010

FIFA World Cup 2010 - Round of 16 Match Prediction


Piala Dunia 2010 sudah masuk ke pusingan kalah mati ( round of 16), 16 pasukan sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Dalam banyak-banyak pasukan yang layak ada pasukan yang telah melakukan kejutan dan ada yang memang dah dijangka untuk layak. Namun ada beberapa pasukan besar yang gagal menyerlah seperti yang diharap-harapkan. Contohnya Itali, Perancis, dan beberapa pasukan lain. Tak kurang juga kejutan-kejutan yang dilakukan oleh negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, dan Slovakia yang memberi persembahan yang memberangsangkan.

Kat sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan tentang perlawanan kalah mati yang akan bermula malam ini. Di sini cuma pandangan daripada aku yang bukan profesional, sekadar pemerhati dan peminat sejati bolasepak.

Uruguay vs Korea Selatan ( 2 - 1 )
Uruguay telah menunjukkan permainan mantap sepanjang kejohanan ini. Namun dia dijangka menghadapi tentangan yang hebat dari Korea yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi. Sebarang kemungkinan boleh berlaku, aku tidak menolak sekiranya Korea mampu menewaskan Uruguay sekiranya mereka meneruskan semangat juang yang tinggi.

USA vs Ghana ( 2 - 0 )
Mungkin ini perlawanan yang boleh dijangka keputusanya . USA dengan persembahan baik dan Ghana yang sekadar persembahan yang kurang menyengat. Agak sukar untuk Ghana menandingi USA.

Jerman vs England ( 1 - 0)
Perlawanan yang sukar buat kedua-dua pasukan yang kurang konsisten. Jerman yang tidak menentu prestasinya dan England yang gagal menyengat dan nampak kurang yakin, gagal menunjukkan persembahan yang diharap-harapkan. Namun apa-apa boleh berlaku. Aku juga menjangkakan perlawanan mungkin berakhir dengan seri, dan England tewas pada sepakan penalti...seperti biasa.

Argentina vs Mexico ( 3 - 0 )
Argentina dijangka mara kepusingan seterusnya, persembahan menarik, mantap dan sangat meyakinkan. Agak sukar untuk mexico menerima asakan daripada jentera serangan Argentina.

Belanda vs Slovakia ( 2 - 1 )
Belanda masih dianggap pasukan pilihan. Namun Slovakia mampu mengejutkan semua orang. Namun aku harap Slovakia mampu menghampakan pasukan Oranje dan terus menjadi pasukan yang menyerlah dalam Piala Dunia ini.

Paraguay vs Jepun ( 1 - 2 )
Yang ini agak sukar untuk aku membuat telahan. Namun aku pilih Jepun, persembahan sepanjang kejohanan amat meyakinkan, namun Paraguay juga bagus.

Brazil vs Chile ( 3 - 0 )
Brazil telah menunjukkan persembahan baik dan dijangka terus ke pusingan seterusnya. Chile bakal menerima asakan bertali arus dari Brazil.

Sepanyol vs Portugal ( 2 - 1 )
Sepanyol baru sahaja menunjukkan taring yang sebenar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Namun Portugal juga tidak kurang taringnya. Boleh dikatakan perlawanan ini adalah 50 - 50, kedua-dua pasukan mampu menyayingi masing-masing, apa-apa boleh berlaku.

Ini cuma telahan dan pandangan aku, mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang betul. Namun kalau di lihat pada keseluruhan pasukan,pasukan dari Afrika gagal memberi persaingan, pasukan besar dari Eropah gagal menunjukkan kehebatan dan kurang meyakinkan, dua pasukan Asia memberi persembahan menarik, dan negara-negara Amerika Selatan telah menunjukkan taring dengan semua 6 pasukan mewakili Amerika Selatan telah layak ke pusingan kalah mati. Namun apa-apa boleh berlaku....bola itu bulat







Thursday, June 24, 2010

15 Cara Menggembirakan Isteri

Dalam hidup berumahtangga, kegembiraan dan kebahagiaan suami isteri amatlah penting. Pada aku kesefahaman dan saling bertolak ansur memainkan peranan penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam rumahtangga. Tapi kadang-kadang kita lupa, terutamanya para lelaki seperti aku, kita sering terlupa dan terlalai dalam menggembirakan dan membahagiakan isteri.

Mungkin ada dikalangan lelaki yang hanya terfikir yang seorang isteri harus sentiasa menggembirakan lelaki sehinggakan terlupa tugas dan tanggungjawab kita sendiri sebahagai seorang lelaki dan seorang suami dalam menggembirakan isteri. Aku pun kadang-kadang alpa dengan perkara ini.

Jadi di sini aku nak berkongsi pendapat dan pandangan tentang cara-cara untuk membahagiakan isteri, kerana aku tahu isteri yang gembira akan pasti menggembirakan suami dan keluarganya. Sama-samalah kita renung-renung dan ambil iktibar bersama.


  1. Selalulah beritahu isteri yang anda sayangkan dia

  2. Pujuklah jika dia merajuk

  3. Rajin-rajinlah beri dia hadiah. Tak perlulah yg mahal. Cukup sebagai tanda ingatan anda padanya

  4. Sekali-sekala, bantu isteri manjaga anak-anak dan biarkan dia berehat

  5. Kalau pandai memasak , masakanlah makanan istimewa untuk isteri

  6. Ringan-ringankanlah tangan membantu isteri membuat kerja rumah

  7. Peluk dan ciumlah isteri selalu

  8. Tidurlah rapat-rapat dengan isteri

  9. Ketika isteri tengah marah, janganlah naikkan lagi kemarahannya

  10. Jangan sesekali lupa tarikh-tarikh istimewa dalam hidup anda berdua

  11. Jika isteri tanyakan pendapat anda. Berilah jawapan yang ikhlas

  12. Sesekali urut dan belailah isteri terutama selepas dia penat melakukan pelbagai kerja rumah

  13. Buat apa yang isteri suka dan tinggalkan apa yang dia tidak suka

  14. Jangan suka memerintah isteri

  15. Sesibuk manapun anda, pasti adakan masa untuk isteri setiap hari

Sama-samalah kita renungkan dan amalkan bersama. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan





Friday, June 11, 2010

Jadual Piala Dunia - Malaysia Time


World cup dah nak start malam ni, satu dunia akan mula menatap TV dan berjaga di malam hari ( buat rakyat malaysia). Aku pun tak ketinggalan untuk turut sama menjadi penunggu TV.

Nak jadi penunggu TV pun kena ada caranya jugak. Takkan nak menunggu sepanjang malam. Mesti ada jadual perlawanan untuk dijadikan panduan. Iya lah, mesti nak tau bila pasukan feveret kita nak main kan? Kalau aku, aku akan try nak follow semua game, tapi mesti tak mampu punya. So...kena pilih-pilih game tertentu je lah.

Kat sini ada Jadual Perlawanan Piala Dunia untuk rakyat Malaysia ( Malaysia Time), kalau nak, silalah download. Dipersilakan...



Thursday, June 10, 2010

Isteri Tersiksa, Merana dan Terbiar Sebulan.



GOOOOOOOOOLLLLLL......!!!!!!

Satu jeritan di malam hari yang selalu menghantui para isteri setiap 4 tahun sekali. Nasib baik ler World Cup ni ada 4 tahun sekali. Kalaulah tiap-tiap tahun ada World Cup, korang bayangkan lah betapa siksanya para isteri. Sebulan ler para suami tak der perasaan kat isteri. Yang ada dijiwa mereka bola...bola...bola..dab bola. Tersiksa ler para isteri zahir dan batin.

Itu yang kalu tinggal berdua jer, kalu yang ada anak lelaki yang sama minat bola, siap la satu rumah, abis ler. Bukan setakat isteri tersiksa dengan jeritan dan suara sumbang di malam hari, silap-silap kena jadi tukang bancuh kopi skali.

Piala dunia yang lepas aku bujang lagi, tengok ramai-ramai dengan member serumah. Tapi sekarang dah berumahtangga, lain macam ler sikit. Nak mintak anak tengok sekali pun, kecik lagi, bukan paham pun.

Apa-apa pun, mau tak mau,terpaksa la aku layan sorang-sorang piala dunia kali ni. Kepada semua peminat bola sepak, tengok bola tu jangan leka sangat, silap-silap orang masuk mencuri pun tak sedar...

Makan Bola, Tidur Bola,


Tuesday, June 08, 2010

Meningkatkan Traffic Blog Cun-melecun


Ni something aku baru blajar and try untuk kasi traffic ke blog cun-melecun. Thank to ninanurziana untuk tips ini


1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.


2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda. Pastikan letak link dengan betul.


1. Cara hidup baru abad 21
2.
Bila Aku Menulis Blog
3.
~ApekpunyaBlog~
4.
My Big Family & Friends
5:
ABCMILO
6.
matdin (orang paling terkenal hehe…)
7.
MSR @Blogger
8.
tengku nizam
9.
mizz shizu
10.
Myself V3 Me &
11.
Blog Hanz

12. BeMie's WoRLd

13.Talam keladi

14. Cerita Tentang Dia

15. AJAI05



PERATURAN!!!


1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.


2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.


3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).


***So urutannya jadi mcm nie....


1. Bila Aku Menulis Blog
2.
~ApekpunyaBlog~
3.
My Big Family & Friends
4:
ABCMILO
5.
matdin (orang paling terkenal hehe…)
6.
MSR @Blogger
7.
tengku nizam
8.
mizz shizu
9.
Myself V3 Me &
10.
Blog Hanz

11. BeMie's WoRLd

12.Talam keladi

13. Cerita Tentang Dia

14. AJAI05

15. Blog anda


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:


Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5

Posisi no.13, Jumlah backlink = 25

Posisi no.12, Jumlah backlink = 125

Posisi no.11, Jumlah backlink = 625

Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125

Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625

Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125

Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625

Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125

Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625

Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125

Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625

Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125

Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya okk….Selamat mencuba!!!***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat traffic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google. Good Luck




disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...