Tuesday, January 11, 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan STAM 2010 dan 2009

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dibuka. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.


A. KATEGORI


1. Permohonan bagi Lepasan STAM ini adalah untuk pelajar lepasan STAM bagi tahun 2010 dan 2009 sahaja iaitu;
Kategori T – Lepasan STAM 2010 dan 2009
2. Lepasan STAM bagi tahun 2008 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

B. SYARAT KEMASUKAN


Permohonan Lepasan STAM perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
2. Lulusan STAM tahun 2010 atau 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; DAN
3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas
1. Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

C. PERMOHONAN

1. Permohonan lepasan STAM perlu dibuat melalui UPU seperti berikut;
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
Tarikh permohonan ditutup – 4 April 2011
2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi 2011/2012.


D. TARIKH TUTUP


Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah 4 April 2011.


E. MAKLUMAT


1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
3. Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU sebelum membuat permohonan.
4. Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Monday, January 10, 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM, Pra U, IKM

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2009 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2008 dan sebelum serta lepasan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar serta lepasan Diploma Kemahiran Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

A. KATEGORI LEPASAN DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:
1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2009 dan sebelumnya.
2. Lulusan Matrikulasi tahun 2009 dan sebelumnya.
3. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya.
4. Lulusan Diploma dari IPTA atau IPTS.
5. Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar
6. Lulusan Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) atau Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran
8. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;
Kategori E – Untuk Aliran Sastera
Kategori F – Untuk Aliran Sains

B. SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
3. Lulus Matrikulasi tahun 2009 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
4. Lulusan STAM tahun 2008 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; DAN
6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
7. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

C. PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU
1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
- Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
- Tarikh permohonan ditutup – 4 April 2011
2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Diploma Dan Setaraf Sesi 2011/2012.

USM
1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
- Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
- Tarikh permohonan ditutup – 28 Mac 2011
2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga empat program pengajian.
5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di
http://pohon.usm.my/.

D. TARIKH TUTUP


Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
UPU – 4 April 2011
USM – 28 Mac 2011

E. MAKLUMAT


1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
2. Sila rujuk
Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web http://pohon.usm.my/ untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
3. Pastikan anda telah memahami
Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
4. Sila rujuk kategori
Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi
UPU- Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
USM- Hotline : 1300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel : admissions@notes.usm.my
6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di
Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan STPM 2010

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 (STPM) kini dibuka. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

A. Kategori
Permohonan bagi Lepasan STPM 2010 ini dibahagikan kepada dua kategori;
a) Kategori A – Aliran Sastera STPM 2010
b) Kategori S – Aliran Sains STPM 2010
- Lepasan STPM bagi tahun 2009 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf


B. Syarat Kemasukan
Permohon Lepasan STPM 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain;
3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);
DAN
4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU dan USM untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

C. Permohonan
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja


UPU
1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
Tarikh dibuka – 10 Januari 2011
Tarikh ditutup – 4 April 2011
2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2010 Sesi 2011/2012.


USM
1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
Tarikh dibuka – 10 Januari 2011
Tarikh ditutup – 28 Mac 2011
2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
6. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di
Pohon @ USM

D. Tarikh Tutup
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
UPU – 4 April 2011
USM – 28 Mac 2011


E. Maklumat
1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
2. Sila rujuk
Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web Pohon @ USM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
3. Pastikan anda telah memahami
Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
4. Sila rujuk kategori
Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi
- UPU- Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
- USM- Hotline : 1300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel : admissions@notes.usm.my
6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di
Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Thursday, January 06, 2011

Get the Bizzy Body RM1 Deal today!

kurus...hanya dengan RM1, anda boleh kurus, biar betul..




Still putting on some holiday weight and dreading to lose it off? Boy, don’t we have a crazy deal for you!
Bizzy Body, The Slimming Expert is bringing you an amazing offer and there is no way that you can miss this!
With only RM1, you are one step closer into getting your perfect figure, perfect shape! Craaaazy offer, right?
Don't wait, head over to http://www.bizzybody2u.com/trial.html and learn more about it! Share this crazy deal NOW!

Wednesday, January 05, 2011

Om Nom Nom your way through, and WIN HTC Smartphones! (Preview)



Okay. Quick question! Do you live to eat or eat to live? Either way, we are bringing you an unbelievable contest which is the "Maxis Om Nom Nom Race".
Exclusive for Nuffnang Bloggers, 60 most creative bloggers will race against time to complete various food challenges all around Malaysia and win great prizes!
Write a blog post titled “One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race“, and tell us why you would love to be a part of this Maxis Om Nom Nom Race. 60 best blog entries will be chosen to participate in Maxis Om Nom Nom Race and the attractive prizes to be won!
There are 2 main prizes to be won.
The 2 teams who earn the most points will win the following:
1st Prize: A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5 Star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 HTC Desire Z for each member)
2nd Prize: 4 x HTC 7 Mozart – 1 per winning member. All 60 participants will be rewarded with Maxis goodie bags.
Hurry hurry! Do not miss this chance. Contest ends on 12th January 2011.

disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...