Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dibuka. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
A. KATEGORI
1. Permohonan bagi Lepasan STAM ini adalah untuk pelajar lepasan STAM bagi tahun 2010 dan 2009 sahaja iaitu;
Kategori T – Lepasan STAM 2010 dan 2009
2. Lepasan STAM bagi tahun 2008 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf.

B. SYARAT KEMASUKAN
Permohonan Lepasan STAM perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
2. Lulusan STAM tahun 2010 atau 2009 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; DAN
3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas
1. Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.

C. PERMOHONAN
1. Permohonan lepasan STAM perlu dibuat melalui UPU seperti berikut;
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
Tarikh permohonan dibuka – 10 Januari 2011
Tarikh permohonan ditutup – 4 April 2011
2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
5. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STAM Sesi 2011/2012.

D. TARIKH TUTUP
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah 4 April 2011.
E. MAKLUMAT
1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
2. Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
3. Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU sebelum membuat permohonan.
4. Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi UPU – Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
6. Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
No comments:
Post a Comment