Wednesday, December 29, 2010

Permohonan UPU dan USM Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2010 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

A. FASA

Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
Fasa 2 – Pengemaskinian

PENTING : Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

B. KATEGORI

Permohonan lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi adalah dikategorikan seperti berikut;
- Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
- Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
- Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
- Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
- Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
- Kategori J – Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

C. SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
- Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.

Syarat Khas
- Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

D. PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja


UPU
1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011
Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
2. Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
4. Permohonan perlu dibuat secara online di
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi Sesi 2011/2012.

USM
1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
Fasa 1 – 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011
Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan. Pusat Ujian MUnSyI bagi calon Asasi UiTM dan PASUM akan dimaklumkan kemudian.
6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di
Pohon @ USM.

E. TARIKH TUTUP

- Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 untuk UPU dan USM adalah 13 Januari 2011.
- Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semestar 2.

F. MAKLUMAT

- Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.
- Rujuk juga komen-komen di
Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi sebagai panduan.

Saturday, December 25, 2010

Which 'health personality' do you have?

Which 'health personality' do you have?
Take this 2-min Wellness Profiler on Facebook!

Are you an Advocate? An Investor? A Manager? Or a Hopeful? Knowing which of these 4 personality types will have a profound impact on your health and wellness.

Click Picture for more details

This Wellness Profiler by Health Focus International is brought to you free, courtesy of Nestle.

Important: Make sure you find out which health personality you have before you share it with your friends. =)

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011

Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2011 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1
1. Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.

2. Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2011 adalah di Aplikasi Semakan Dalam Talian Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2011 Ambilan Pertama .


e-Rayuan
1. Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.

2. Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.

3. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Surat Tawaran
- Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.


Pendaftaran Pelajar Baru
- Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.


Maklumat
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

Tuesday, December 21, 2010

Invent Your Own iPad Application Contest and Win!

Ada siapa-siapa nak iPad FREE tak? Mari sini kalau brani....
KLik Banner kalau brani




Love applications, be it on a Smartphone or Tablet for gaming, informative or educational purposes? Here's your chance to do so AND be rewarded for it! Use your creative juices to "invent" your own iPad application and you may be worth of winning a free 3g 64GB iPad each! There are 2 prizes up for grabs.

Here's how the 2 winners are chosen:
- The best idea (both creatively and technologically feasible)
- The most creative idea
(Your idea may be well ahead of the technology that is available today but WOW us and you can still win a free iPad from Maxis.)

FIRST PRIZE : 1 x 3G 64GB Maxis iPad + WIFI Maxis Modem
SECOND PRIZE: 1 x 3G 32GB Maxis iPad + WIFI Maxis Modem

Hurry up Churpers! Contest ends on Friday, December 31, 2010!

Monday, December 20, 2010

Jom Exchange Links....

Jom exchange links untuk sama-sama meningkatkan traffic ke blog anda .......dipersilakan kepada mana-mana rakan blogger yang berminat untuk berkongsi dan meletakkan links blog anda di sini. Bila dah letak kat sini, diharapkan ia akan memudahkan saya dan rakan-rakan blogger lain untuk blogwalking ke blog anda, sekaligus meningkatkan traffic ke blog anda.

Mudah saja, masukkan nama dan URL blog anda, dan ENTER.....and jangan lupa tinggalkan sedikit komen (banyak lagi takpe).....jom !




disable click

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...