Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012
Para pelajar UPSR 2011 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.
Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 SBP boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran UPSR.
- Semakan permohonan SBP boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 sehingga 5 Januari 2012.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan 1 SBP 2012 adalah di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2012 Ambilan Pertama .
e-Rayuan
- Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
- Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2012.
- Permohonan e-Rayuan ke SBP ini akan ditutup pada 5 Januari 2012.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.
Maklumat
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.
No comments:
Post a Comment